Now Reading
[Video] Aksi Pekerja Kapal Solat Terawih Atas Laut Bergelora Curi Perhatian Ramai

[Video] Aksi Pekerja Kapal Solat Terawih Atas Laut Bergelora Curi Perhatian Ramai

Ada yang terpaksa membengkokkan sedikit kakinya supaya tidak terjatuh ketika sedang solat akibat keadaan kapal agak bergelora.

stabilkan diri sambil solat dalam kapal bergelora

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sepanjang bulan Ramadan, banyak masjid dan surau yang menganjurkan Solat Sunat Terawih secara berjemaah bagi meraikan kedatangan bulan mulia ini.

Selain itu, ada juga yang memilih untuk melakukan ibadah tersebut di rumah masing-masing secara bersendirian atau berjemaah bersama ahli keluarga.

Di bulan Ramadan, kita digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Terawih kerana dalam tempoh ini sahaja ibadah tersebut boleh dilakukan. Sebulan je dalam setahun.

BACA JUGA: Cara Solat Sunat Tarawih Di Rumah & Solat Sunat Witir Paling Ringkas Untuk Panduan Semua


Jemaah Lakukan Solat Sunat Dalam Keadaan Kapal Berada Di Lautan Bergelora

Ibadah Solat Sunat Terawih ini turut dilakukan oleh sekumpulan pekerja kapal ketika mereka sedang berlayar di tengah lautan.

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna TikTok (@popeyeee1234), lelaki tersebut yang dipercayai salah seorang pekerja kapal terbabit memaparkan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh mereka ketika melakukan ibadah berkenaan secara berdiri.

Di dalam video itu, beberapa jemaah yang sedang melakukan Solat Sunat Terawih perlu menyeimbangkan badan mereka apabila kapal dinaiki mereka sedang bergelora.

Badan mereka juga sekejap ke depan dan juga ke belakang. Malah, ada yang terpaksa membengkokkan serta membuka kaki lebih luas supaya tidak terjatuh akibat kapal yang bergerak.

Namun begitu, mereka masih meneruskan ibadah tersebut seperti biasa.

Video rakaman itu telah menarik perhatian ramai sehingga berjaya meraih enam juta tontonan dalam tempoh 24 jam ia dimuat naik.


Netizen Tabik Kepada Kekuatan Kaki Mereka Dalam Menyeimbangkan Badan Ketika Solat

Di ruangan komen, ramai netizen yang terkejut melihat kekuatan badan pekerja kapal itu yang mampu menyeimbangkan badan mereka ketika sedang menunaikan solat.

Bukan semua orang ya boleh buat perkara yang sama seperti mereka. Kalau penulis sendiri, agaknya memang ‘surrender’ sebab automatik akan mabuk laut.

Memang tabiklah dengan mereka semua!


Hukum Solat Secara Duduk Jika Berada Dalam Kapal

Islam itu agama yang memudahkan umatnya. Bila tengok video pekerja kapal solat sambil bertahan untuk berdiri, terfikir sekejap. Boleh ke kalau mereka hanya solat secara duduk dan apa hukumnya?

Salah satu rukun dalam solat adalah untuk berdiri. Namun begitu, syarak membenarkan seseorang itu solat dalam keadaan duduk sekiranya dia tidak mampu untuk berdiri.

Berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

 صَلِّ قَائِمًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ 

Maksudnya: Solatlah kamu dalam keadaan berdiri, sekiranya kamu tidak mampu (untuk berdiri) maka solatlah dalam keadaan duduk, dan sekiranya kamu tidak mampu untuk solat secara duduk, maka solatlah di atas lambung.

Berdasarkan laman web Mufti Wilayah Persekutuan, kitab-kitab fiqh para ulama terdahulu menjelaskan bahawa terdapat beberapa perkara yang dianggap sebagai masyaqqah (kepayahan) yang membolehkan seseorang itu solat secara duduk.

Antaranya seperti berikut:

  • Tidak mampu untuk berdiri.
  • Mempunyai penyakit yang akan bertambah teruk sekiranya dia bersolat secara berdiri.
  • Seseorang yang berada di atas kapal, sampan atau perahu dan takut akan tenggelam sekiranya dia melakukan solat secara berdiri di atas kenderaan tersebut.
  • Seseorang yang berasa pening kepala.
  • Sakit yang boleh mengganggu khusyuk di dalam solat.

Jadi hukum solat sekiranya secara duduk di dalam kapal adalah sah.

BACA JUGA: Solat Tarawih 8 Jam Sehari & Lengkap Dibaca 30 Juzuk al-Quran

BACA JUGA: [Video] Solat Tarawih Perdana Diadakan Di Times Square, New York Buat Pertama Kali


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd