Now Reading
Janna Nick Dikecam Kerana Isu ‘Work Life Balance’, Amelia Henderson Tampil Beri Penjelasan

Janna Nick Dikecam Kerana Isu ‘Work Life Balance’, Amelia Henderson Tampil Beri Penjelasan

Janna Nick dikatakan telah memberikan pendapatnya yang agak mengguris hati orang ramai tentang ‘Work Life Balance’ ketika dijemput sebagai tetamu di Studio Sembang bersama Amelia Henderson.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap individu mempunyai definisi tersendiri apabila bercakap soal ‘Work Life Balance’. Mungkin bagi sesetengah orang, ‘Work Life Balance’ itu apabila mereka dapat pulang awal dan meluangkan masa bersama keluarga atau untuk ‘me time’.

Perkara ini akan dilihat berbeza bagi setiap individu bergantung kepada jenis kerjaya mereka dan juga komitmen. Pastinya mereka yang sudah berkeluarga tidak boleh terlalu fokus dengan kerja sehingga lewat malam.

‘Work Life Balance’ ini juga penting bagi memastikan tubuh badan kita mendapat rehat yang mencukupi supaya tidak terlalu tertekan dengan masalah kerja di pejabat.

BACA JUGA: Definisi ‘Work Life Balance’ Sebenar Oleh Rakyat Malaysia


Janna Nick Didakwa Gelakkan Individu Yang Inginkan ‘Work Life Balance’

‘Work Life Balance’ menjadi topik yang hangat di media sosial selepas seorang selebriti tempatan iaitu Janna Nick memberikan pendapatnya tentang perkara ini semasa dijemput oleh Amelia Henderson sebagai tetamu di Podcast Studio Sembang.

Menerusi sedutan episod Podcast Studio Sembang yang dimuat naik di laman Instagram (@studiosembang), Janna Nick dilihat seolah-olah mempersendakan individu yang mahu mengamalkan ‘Work Life Balance’.

[Video] Persenda Individu Amalkan 'Work Life Balance', Janna Nick Dikecam Netizen
Sumber: YouTube Studio Sembang

Menurutnya, dia hanya mampu untuk mencapai ‘Work Life Balance’ ketika berusia 28 tahun selepas berjaya mengecapi impiannya seperti membeli dua buah rumah dan kereta.

Sorry eh. Aku ada ‘Work Life Balance’ tu masa aku umur 28 tahun lepas aku dah ada dua rumah dan kereta. I’m not saying this untuk berlagak atau showing off, no, aku nak cakap yang i can relax a bit after i already secure certain things in my life.

Selebriti, Janna Nick.

Tambahnya lagi, seseorang itu tidak sepatutnya mencapai ‘Work Life Balance’ sekiranya masih belum mencapai apa-apa impian yang ingin dikecapi melainkan jika mereka lahir dalam keluarga yang berharta.

Kalau first goal in your life pun kau belum achieve, don’t ever think for having ‘Work Life Balance’. Unless, mak ayah kau kaya atau kau nak kahwin dengan lelaki kaya. Tu je.

Selebriti, Janna Nick.

Kenyataan Janna Nick Tentang ‘Work Life Balance’ Terima Kecam Ramai Di Media Sosial

Pendapat yang diberikan oleh Janna Nick tentang ‘Work Life Balance’ mengundang kecaman netizen kerana ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan pelakon itu yang dikatakan membandingkan kejayaan dirinya dengan orang lain.

Malah, ada juga yang mempersoalkan tindakan Janna yang tertawa kecil selepas memberikan kenyataan tentang ‘Work Life Balance’ itu.

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang bersetuju dengan pendapat Janna kerana bagi mereka ‘Work Life Balance’ itu boleh dicapai pada suatu hari nanti apabila semua kelengkapan sudah mencukupi.

Sesetengah individu mengatakan bahawa ‘Work Life Balance’ akan sukar untuk dicapai terutamanya jika anda baru mula bekerja dan masih belajar untuk mahir dalam sesuatu bidang.


Amelia Henderson Tampil Beri Penjelasan Tentang Kenyataan ‘Panas’ Oleh Janna Nick

Selepas sedutan untuk episod Janna Nick di Studio Sembang menjadi tular dan mendapat banyak kecaman, Amelia Henderson selaku pemilik podcast itu tampil memberi penjelasan.

Menerusi ciapan dimuat naik di laman Twitter (@ameliath), Amelia menjelaskan bahawa Janna tidak menggelakkan mana-mana pihak yang mahukan ‘Work Life Balance’.

Janna dikatakan hanya ketawa apabila mengenang semula kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh dirinya untuk membolehkan dia mencapai ‘Work Life Balance’ pada hari ini.

Setiap orang ada latar belakang yang berbeza dari segi keluarga dan juga kewangan. Jadi mungkin sesetengah orang boleh terima pendapat dari Janna Nick ini dan ada pula yang tidak berapa setuju.

Lain orang lain pandangan kerana perjalanan hidup kita semua tidak sama. Bila kita berbincang tentang sesuatu, ambil yang jernih dan tinggalkan yang keruh.

Pada pendapat penulis sendiri, ‘Work Life Balance’ itu penting kerana ia akan mempengaruhi tahap kesihatan mental juga. Bila terlampau stres dengan kerja, kesihatan pun boleh terganggu.

BACA JUGA: Netizen Mula Kongsi Tips Untuk Pastikan ‘Mental Health’ Kekal Stabil

BACA JUGA: Rakyat Malaysia Kongsi Pendapat Tentang Definisi ‘Financially Stable’


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd