Now Reading
Tindakan Wanita Jadikan Taman Permainan Sebagai Tempat Tinggal Undang Pelbagai Reaksi Orang Ramai

Tindakan Wanita Jadikan Taman Permainan Sebagai Tempat Tinggal Undang Pelbagai Reaksi Orang Ramai

Wanita berkenaan juga meletakkan beberapa payung dan kain yang dijadikan sebagai bumbung tambahan di taman permainan itu.

Wanita Jadikan Taman Permainan Sebagai Tempat Tinggal Kini Diambil Tindakan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tempat tinggal adalah keperluan asas untuk semua individu kerana di situlah lokasi yang membolehkan kita untuk mendapatkan rehat secukupnya selepas pulang dari kerja.

Rumah yang selesa dan juga selamat penting bagi memastikan ahli keluarga kita dapat membesar dengan selesa sihat. Bak kata pepatah ‘Rumahku Syurgaku’.

BACA JUGA: Bakal Penghuni PPR Perlu Hadir Kursus Kesedaran Sivik Sebelum Ambil Kunci Rumah

BACA JUGA: [Video] Rider Terkejut Tengok Hiasan Luar Flat Di Taman Keramat Macam Dalam Rumah


Taman Permainan Kanak-kanak Dijadikan Tempat Tinggal Seorang Wanita Di Johor

Apabila bercakap tentang rumah, mesti anda akan terfikir sama ada ia adalah flat, kondominium, teres dua tingkat dan sebagainya kan?

Tetapi lain pula yang berlaku di Johor apabila seorang wanita mengambil keputusan untuk menjadikan sebuah taman permainan kanak-kanak di kawasan awam sebagai tempat tinggalnya.

Taman permainan itu diletakkan dengan beberapa payung dan kain yang dijadikan sebagai bumbung tambahan.

Malah, terdapat meja kecil, kereta sorong bayi dan bakul yang berfungsi sebagai tempat untuk meletakkan barang-barangnya.

Sumber: Twitter @Marina_Ibrahims

Lebih mengejutkan lagi, wanita tersebut siap tanam pokok hiasan di sekeliling taman permainan itu.

Tindakan wanita yang menjadikan taman permainan kanak-kanak itu sebagai ‘rumah’ kurang disenangi oleh masyarakat dan mereka membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Aduan yang diterima mendapat perhatian Ahli DUN Skudai, Marina Ibrahim dan beliau memuat naik ciapan di laman Twitter (@Marina_Ibrahims).

Menurut Marina, pihak berkuasa telah mengambil tindakan kerana wanita berkenaan dikatakan bertindak agresif dengan memukul dan mengugut untuk mengelar pihak penguatkuasa yang cuba memahami masalahnya.

Dalam pada itu, Marina mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan semua pihak yang terlibat bagi menyelesaikan masalah tersebut.


Wanita Jadikan Taman Permainan Kanak-kanak Sebagai Rumah Terima Pelbagai Reaksi Netizen

Rata-rata netizen yang melihat perkongsian itu meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka akan ada individu berbuat sedemikian.

Salah seorang netizen meceritakan dia pernah berangan untuk berumahkan taman permainan kanak-kanak kerana mempunyai gelongsor, tetapi tidak sangka pula ada individu yang menjadikan angan-angan itu sebagai realiti.

Mereka juga terkejut melihat ‘rumah’ itu yang siap dibuat pagar menggunakan ranting kayu dan juga tanaman pokok hiasan.

Pada masa yang sama, segelintir netizen mendakwa mungkin wanita berkenaan mempunyai masalah tekanan hidup dan mengalami kesusahan dan segi kewangan.

Berdasarkan beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh Ahli DUN Skudai, ramai netizen yang hampir menyalah anggap bahawa wanita berbaju putih itu adalah penghuni ‘rumah’ berkenaan.

Tidak ya, wanita berbaju putih itu sebenarnya Marina Ibrahim bersama penguatkuasa MBIP yang sedang membuat pemantauan kawasan tersebut selepas menerima aduan dari masyarakat.

Sekiranya anda terjumpa dengan mana-mana individu yang menyalah guna kemudahkan awam, laporkan kepada pihak majlis perbandaran di kawasan masing-masing.

BACA JUGA: Penduduk Tegur Individu Bawa Anjing Main Gelongsor Di Taman Permainan


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd