Now Reading
Ramai Bengang Peniaga Bazar Ramadan Di Singapura Jual Daging Khinzir

Ramai Bengang Peniaga Bazar Ramadan Di Singapura Jual Daging Khinzir

Pihak penganjur telah berhubung dengan peniaga yang menjual daging khinzir itu dan mengambil tindakan segera untuk menghentikan penjualannya di bazar Ramadan tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bukan sahaja di Malaysia, bulan Ramadan juga disambut dengan meriah di negara jiran iaitu Singapura dengan pembukaan banyak bazar Ramadan yang menjual pelbagai jenis juadah.

Umum sedia maklum, bazar Ramadan dibuka khususnya untuk memudahkan urusan individu beragama Islam membeli makanan berbuka puasa. Jadi, ramai beranggapan hidangan yang dijual adalah halal.

Namun, lain pula yang berlaku apabila sebuah bazar Ramadan di Singapura dikatakan mempunyai gerai menjual daging khinzir.


Bazar Ramadan Di Singapura Didakwa Jual Daging Khinzir

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook (Marsiling: Our Community, Our Home), komuniti kejiranan di kawasan tersebut mendakwa bahawa Pejabat Kawasan Pilihan Raya Marsiling mendapati wujudnya peniaga yang menjual daging tidak halal di bazar Ramadan.

Sumber: Spring Tomorrow

Perkara itu difahamkan telah melanggar peraturan di bazar berkenaan kerana umum diketahui bahawa menu yang dijual untuk berbuka puasa perlulah halal untuk dimakan kepada umat Islam.

Susulan itu, pihak penganjur telah berhubung dengan peniaga terbabit dan mengambil tindakan segera untuk menghentikan penjualannya di bazar Ramadan tersebut.

Dalam kenyataan sama, pihak penganjur berterima kasih kepada orang awam yang membuat laporan dan meminta maaf atas kejadian itu.

Mereka juga akan memastikan para pengunjung bazar tersebut merasai pengalaman di bulan Ramadan yang terbaik termasuklah dengan adanya persembahan di hujung minggu.


Ramai Netizen Tidak Setuju Dengan Bazar Ramadan Yang Menjual Daging Khinzir

Kisah tentang peniaga menjual daging khinzir di bazar Ramadan itu menerima pelbagai reaksi dari netizen dan boleh dikatakan ramai yang tidak bersetuju dengan apa yang berlaku.

Mereka berpendapat bahawa pihak penganjur bazar seharusnya lebih peka dan mengambil perhatian dari segi menjaga sensitiviti masyarakat beragama Islam di bulan Ramadan.

Malah ada juga yang memberi pandangan bahawa bazar Ramadan seharusnya menjual hidangan 100% halal memandangkan perniagaan tersebut dilakukan bersempena dengan bulan mulia itu.

Namun segelintir netizen pula mendakwa tapak jualan itu tidak sepatutnya menggunakan nama bazar Ramadan dan seharusnya dikenali sebagai pasar malam sekiranya ingin menjual hidangan tidak halal.


Tips Kepada Para Peniaga Yang Berniaga Di Bazar Ramadan

Bazar Ramadan akan menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk membeli juadah berbuka. Jadi para peniaga sekalian, berikut adalah tips berguna untuk anda bagi memudahkan urusan jual beli antara pelanggan.

Antaranya:

  • Menyediakan kod QR atau pembayaran tanpa tunai.
  • Menyediakan wang tunai yang mencukupi untuk memberi pulangan baki kepada pelanggan.
  • Memastikan juadah yang dijual adalah sedap.
  • Menjaga kebersihan makanan yang dijual serta kawasan di sekeliling gerai jualan.
  • Meletakkan tanda harga yang jelas dilihat oleh para pelanggan

BACA JUGA: Kod QR, Letak Tanda Harga & 3 Lagi Tips Untuk Peniaga Di Bazar Ramadan Nanti

BACA JUGA: Pelanggan Kecewa Peniaga Air Di Bazar Ramadan Caj RM3 Jika Kurangkan Ais

BACA JUGA: Jemur Daging Khinzir Di Tingkat Atas, Jiran Bengang Air Menitik Terkena Baju Di Ampaian


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd