Now Reading
[Video] Rider Terkejut Tengok Hiasan Luar Flat Di Taman Keramat Macam Dalam Rumah

[Video] Rider Terkejut Tengok Hiasan Luar Flat Di Taman Keramat Macam Dalam Rumah

Hiasan di koridor flat itu dilengkapi dengan sofa, meja makan dan juga gubahan bunga seolah-olah berada di dalam rumah seseorang.

[Video] Rider Terkejut Tengok Hiasan Luar Flat Di Ampang Macam Dalam Rumah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau ditanya kepada rider penghantar makanan tentang pengalaman kerja mereka, mesti banyak cerita yang akan dikongsikan. Maklumlah mereka perlu berhadapan dengan pelbagai jenis ragam pelanggan setiap hari.

Sesetengah pelanggan pula dengan baik hatinya memberikan satu daripada hidangan yang diberi kepada rider tersebut. Siap ada yang ajak berbuka sekali di rumah ya.

Memang beruntung sangat kalau dapat pelanggan yang baik.

BACA JUGA: Rider Terharu Pelanggan Ajak Berbuka Puasa Sekali Di Rumah. Siap Sedekah Duit Lagi!

BACA JUGA: “Tetap Amanah” – Rider Minta Adik Hantar Order Pelanggan Lepas Terlibat Kemalangan


Rider Terkejut Tengok Hiasan Luar Kediaman Pelanggan Macam Hiasan Dalaman Rumah

Menerusi perkongsian dimuat naik oleh pengguna TikTok (@afzalnisya), seorang rider menceritakan pengalaman uniknya ketika menjalankan tugas sebagai penghantar makanan.

Dalam video itu, rider berkenan meluahkan rasa terkejut selepas keluar dari lif sebuah flat dan ingin menuju ke rumah pelanggan yang berada di kawasan Taman Keramat.

Mana tidaknya, keluar sahaja lif terus nampak dekorasi ala-ala di ruang tamu yang dilengkapi dengan sofa, meja makan dan hiasan bunga. Sekali tengok memang macam dalam rumah orang sebab cantik dan bersih.

Situasi itu membuatkan rider tersebut mula keliru dan risau sekiranya dia sudah termasuk ke dalam kediaman seseorang tanpa sengaja.

Pada masa yang sama, dia juga memuji semangat kejiranan penduduk di flat berkenaan yang sama-sama menjaga kebersihan dan menghias kawasan luar rumah.

Video berkenaan mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 932,900 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@afzalnisya/video/7214437768972209414

Dekorasi Luar Rumah Flat Ala-ala Ruang Tamu Terima Pelbagai Reaksi Dari Orang Ramai

Di ruangan komen video tersebut, ramai memuji semangat kejiranan penduduk di flat berkenaan yang sama-sama menghiasi kawasan luar rumah dengan sangat kemas dan bersih.

Salah seorang penduduk di situ juga memberitahu bahawa dekorasi seperti itu memudahkan mereka untuk menyambut hari raya bersama-sama. Nak lepak pada waktu petang pun seronok juga.

Katanya setiap tingkat di flat tersebut dihiasi seperti itu.

Pada masa yang sama, ada pula yang membuat gurauan kononnya mereka akan lebih selesa tidur di luar rumah sekiranya ‘dihalau’ oleh isteri atau terlupa untuk membawa kunci rumah.

Namun, kecantikan dekorasi di luar rumah itu membuatkan segelintir orang ramai risau dari segi keselamatan kerana pintu rintangan dipercayai dibiarkan terbuka.

Seronok juga kalau dapat kejiranan yang bekerjasama macam ini kan? Kalau ada apa-apa masalah, kita tidak kekok untuk meminta tolong. Silaturahim antara satu sama lain pun akan menjadi lebih kuat.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd