“Patutlah Lembut & Manis” – Lelaki Ini ‘Kembang Tekak’ Jumpa Ulat Dalam Kurma Premium
Lelaki itu mendakwa dia terjumpa telur ulat di dalam kurma selepas memakan beberapa biji buah tersebut yang dibeli pada harga RM10.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Setibanya bulan Ramadan, benda wajib yang semua orang akan beli ialah buah kurma untuk dimakan ketika berbuka dan sahur. Tak lengkap rasanya bulan puasa kalau tak ada buah kurma, betul tak?
Ada macam-macam jenis buah kurma di pasaran seperti Ajwa, Rabbi, Mabroom, Mazafati dan banyak lagi.
Bercakap soal buah kurma, baru-baru ini tular di media sosial tentang kejadian di mana seorang pengguna Twitter (@nikfaiqq) terjumpa telur ulat di dalam buah kurma.
Menerusi ciapan yang dimuat naik olehnya, pengguna Twitter itu menceritakan dia hanya mula perasan kewujudan telur ulat itu di dalam buah kurma yang dibeli dengan harga RM10 selepas memakannya beberapa biji.
Tambahnya lagi, kurma itu mempunyai tekstur yang lembut dan manis.
Disebabkan agak ‘kembang tekak’ melihat telur ulat di dalam kurma tersebut, dia menasihati orang ramai untuk mencuci terlebih dahulu buah kurma sebelum dimakan bagi mengelakkan kejadian sama sepertinya berlaku.
korang lepasni careful ya nak makan kurma. walaupun murah RM10 sekotak kena cuci betul-betul before makan.
— nikfaiq (@nikfaiqq) March 25, 2023
kalau tak, jadilah macam aku ni. makan dah banyak biji baru perasan ada maggot eggs, macam dah jadi larva dah. no wonder la kurma ni lembut & manis rupanya…🤮 pic.twitter.com/IXin9AgZee
Netizen Pun Geli Tengok Telur Ulat Dalam Buah Kurma Itu
Perkongsian gambar telur ulat di dalam buah kurma itu membuatkan netizen juga geli dan terkejut melihatnya. Mana tidaknya, selama ini mungkin ramai yang tidak membasuh buah kurma sebelum makan.
Ada juga netizen yang memberi nasihat untuk melihat tarikh buah kurma itu dihasilkan bagi mengelakkan anda terbeli kurma yang ‘berpasir’.




Lebih mengejutkan lagi, ada yang pernah berhadapan situasi sama. Namun salah seorangnya menganggap warna putih di dalam kurma tersebut adalah gumpalan gula.


Pada masa sama, netizen yang lain sempat lagi bergurau kononnya kewujudan telur ulat di dalam kurma itu dianggap sebagai khasiat tambahan.


Cara Membasuh Buah Kurma Dengan Betul
Orang ramai dinasihatkan untuk mengopek dan membasuh terlebih dahulu buah kurma sebelum dimakan. Dengan cara membasuh buah kurma terlebih dahulu, ia dapat memastikan tiada bendasing seperti:
- Kulat
- Ulat
- Bau busuk
- Lipas
- Bubuk
- Habuk

Senang je nak basuh buah kurma. Anda cuma perlukan garam, air biasa, mangkuk dan tisu kering.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Rendam buah kurma dalam air garam selama lima hingga sepuluh minit.
- Tapis air rendaman.
- Bilas buah kurma dengan air biasa.
- Keringkan buah kurma menggunakan tisu kering.
Walaupun buah kurma telah dicuci tetapi khasiatnya masih kekal sama dan tidak berubah.
Ingat ya, basuh dulu baru makan okey?
BACA JUGA: Ini Sebabnya Kenapa Perlu Basuh Dulu Buah Kurma Sebelum Makan
BACA JUGA: [Video] Ceddy Kongsi Pengalaman Pertama Kali Puasa Dengan Sahur 7 Biji Kurma
BACA JUGA: Avokado, Oat, Nasi Perang & 6 Lagi Menu Sahur Terbaik Untuk Warga Emas
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.