Now Reading
[Video] Ceddy Kongsi Pengalaman Pertama Kali Puasa Dengan Sahur 7 Biji Kurma

[Video] Ceddy Kongsi Pengalaman Pertama Kali Puasa Dengan Sahur 7 Biji Kurma

Menurut Ceddy, pengalamannya berpuasa tidaklah seteruk yang disangka kerana masih boleh menahan lapar sehingga tiba waktu berbuka.

[Video] Ceddy Kongsi Pengalaman Pertama Kali Puasa Dengan Sahur 7 Biji Kurma

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila sebut nama Ceddy, mesti ramai yang akan mengenali individu ini kerana dia adalah salah seorang Content Creator yang sering memuat naik video membuat ‘review’ tentang restoran dan makanan.

Senang kata Ceddy atau nama sebenar Ceddy Ang ini adalah ‘food blogger’ dan sangat dikenali di media sosial terutamanya di TikTok.

Kalau tengok konten yang dihasilkan oleh Ceddy memang best kerana dia memberi pendapat yang jujur dengan cara yang menghiburkan.


Ceddy Cuba Berpuasa Penuh Buat Pertama Kali

Tanggal 23 Mac merupakan hari pertama di mana umat Islam di Malaysia mula berpuasa bagi menyambut bulan Ramadan pada tahun ini.

Malah, Ceddy yang bukan beragama Islam juga mengambil peluang untuk berpuasa buat pertama kalinya seperti umat Islam yang lain.

Semalam (23 Mac), Ceddy memuat naik Instagram Stories memberitahu kepada pengikutnya bahawa dia juga akan berpuasa di siang hari dan bersahur dengan tujuh biji kurma sahaja.

Katanya sekitar jam tiga petang pun Ceddy masih boleh tahan lapar. Steady!

Cuaca agak hujan lebat di beberapa tempat pada petang semalam tetapi Ceddy sempat singgah ke bazar terdekat dan membeli Nasi Beriani Kambing untuk juadah berbuka puasa.

Perkongsian Ceddy berpuasa penuh buat pertama kali mendapat reaksi positif dari orang ramai dan mereka meminta Ceddy untuk memberitahu tentang pengalaman peribadinya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya (@ceddyornot), Ceddy meluahkan rasa terkejut kerana tujuh biji kurma yang dimakan ketika sahur boleh membuatkan dia berasa kenyang.

Sejujurnya, pengalaman saya berpuasa tidaklah seteruk yang disangka. Saya membayangkan diri saya akan berasa terlalu lemah, dahaga dan lapar. Seperti yang saya tunjuk, saya ada sahur dengan tujuh biji kurma dan itu membuatkan saya bertahan sepanjang hari. Ada rasa lower energy sikit tapi taklah macam nyawa-nyawa ikan.

Ceddy Ang.

Dalam video itu juga, Ceddy berkongsi beberapa manfaat berpuasa kepada manusia seperti dapat membersihkan tubuh badan, meningkatkan sistem imuniti dan menjaga kesihatan secara keseluruhan.


Ceddy Berterima Kasih Kepada Pengikut Di Media Sosial Yang Banyak Beri Tips Berpuasa

Ceddy turut berterima kasih kepada para pengikutnya yang banyak memberi tips dan kata-kata semangat untuk membantunya berpuasa.

Antara tips yang dikongsikan adalah untuk merendam tiga biji kurma semalaman di dalam segelas air dan minum ketika sahur.

Difahamkan, Ceddy sudah cuba tips tersebut pada hari kedua dia berpuasa hari ini (24 Mac). Kita tengok apa pula kata Ceddy untuk hari kedua dia berpuasa.

Apa-apa pun, tahniah Ceddy sebab berjaya berpuasa!


Terdahulu, team TRP pernah menemubual Ceddy dan bertanyakan tentang latar belakang kehidupannya sebelum dan selepas bergelar Content Creator.

Nak tahu tak, Ceddy pernah memasang cita-cita untuk menjadi seorang pensyarah suatu ketika dahulu.

Sebelum bergelar ‘food blogger’, Ceddy pernah bekerja sebagai seorang Marketer bermula sebagai Sales Person, Eksekutif Pemasaran (Marketing Executive), Pengurus Pemasaran (Marketing Manager) dan seterusnya menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang Pemasaran (Masters In Marketing).

BACA JUGA: [Ekslusif] CeddyOrNot Pernah Berhasrat Jadi Pensyarah? Ini Fakta Tentang Ceddy Yang Ramai Tak Tahu


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd