Now Reading
Rakyat Malaysia Teruja Anak Kelahiran Ipoh, Michelle Yeoh Cipta Sejarah Di Hollywood

Rakyat Malaysia Teruja Anak Kelahiran Ipoh, Michelle Yeoh Cipta Sejarah Di Hollywood

Malah, jenama biskut Julie’s juga memberikan ucapan tahniah mereka kepada kepada Michelle Yeoh atas kejayaannya di Anugerah Oscars dengan mamasang papan iklan di tepi jalan raya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak beberapa bulan lalu, pelakon wanita terkenal Tan Sri Michelle Yeoh dilihat telah merangkul beberapa anugerah. Lebih membanggakan lagi, beliau dicalonkan dalam Anugerah Oscars ke-95 di Amerika Syarikat (AS).

Kejayaan yang dikecapi oleh Yeoh bukan sahaja diraikan di media sosial, malah ia juga disebarkan sehingga ada beberapa pihak yang memasang papan iklan di jalan raya.

Pencalonan Oscar Yeoh menyaksikan beliau berjaya membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik yang diidamkan dan menjadi orang Asia pertama serta ‘Anak Malaysia’ pertama memenangi kategori berkenaan.

BACA JUGA: Michelle Yeoh Jadi Rakyat Malaysia Pertama Menang Oscars. Tahniah!

Bagi Yeoh, kemenangan ini bukan sahaja pencapaian untuk dirinya tetapi ia adalah pencapaian untuk semua pelakon Asia dan rakyat Malaysia juga menganggapnya sebagai sesuatu yang sangat istimewa kerana beliau adalah anak kelahiran Ipoh.

Prestasinya yang luar biasa dalam filem ‘Everything Everywhere All At Once’ membolehkan beliau menewaskan pencalonan pencabar lain dalam kategori tersebut.

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga bangga dengan pencapaian yang dikecapi oleh Yeoh kerana ia sudah semestinya membanggakan negara di persada antarabangsa.

Dengan nada gurauan, bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng juga bertanya sama ada Malaysia akan diberikan cuti umum atau tidak memandangkan ia adalah pertanyaan yang sering diajukan setiap kali negara kita mendapatkan sesuatu kemenangan.

Ketika memberikan ucapannya, Yeoh tidak melupakan negara kelahirannya kerana beliau memberitahu kepada ibunya, ahli keluarga dan rakan-rakan yang sedang menonton anugerah berkenaan dari Kuala Lumpur, Malaysia, bahawa beliau akan membawa pulang patung emas yang diidamkan itu kepada mereka.

BACA JUGA: Who Is Michelle Yeoh, The First “Anak Malaysia” To Win An Oscar?

Sementara itu, jenama biskut terkenal iaitu Julie’s juga tidak ketinggalan untuk memberikan ucapan tahniah mereka kepada Yeoh atas kejayaan beliau baru-baru ini dengan memasang papan iklan besar di jalan raya.

Menurut Pengarah Julie’s Biscuits Sai Tzy Horng, papan iklan itu adalah satu penghargaan kepada pencapaian cemerlang Yeoh dalam pencalonan Oscar dan juga kejayaan lain dalam kerjayanya.

Saya amat berbangga dengan Tan Sri Michelle Yeoh. Beliau benar-benar ikon antarabangsa dan menjadi kebanggaan kepada semua rakyat Malaysia. Beliau telah membuktikan bahawa dia adalah salah satu khazanah negara Malaysia yang paling dihormati.

Pengarah Julie’s Biscuits Sai Tzy Horng.

Pengarah Kreatif Kumpulan GOVT Singapore (agensi kreatif Julie’s Biscuits) Jimy Neo berkata bahawa penghormatan yang jelas dan ikhlas adalah wajar untuk mengiktiraf semua pencapaian Yeoh sepanjang tahun.

Pada hari ini (13 Mac), Yeoh menjadi ‘trending’ di Twitter selepas ramai peminat berkongsi kegembiraan mereka dengan pencapaian yang melakar sejarah ini.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd