Now Reading
Bekalan Elektrik Terputus, Ayah Goreng Ikan Koi Mati Dalam Kolam Di Rumah

Bekalan Elektrik Terputus, Ayah Goreng Ikan Koi Mati Dalam Kolam Di Rumah

Difahamkan bekalan elektrik di rumahnya terputus untuk beberapa tempoh waktu dan menyebabkan pam air di dalam kolam ikan koi ayahnya tidak dapat berfungsi.

Bekalan Elektrik Terputus, Ayah Goreng Ikan Koi Mati Dalam Kolam Di Rumah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Membela haiwan peliharaan adalah salah satu hobi yang agak biasa kita lihat di Malaysia. Antara haiwan yang menjadi pilihan orang ramai adalah seperti kucing, anjing, arnab dan sebagainya.

Ada juga yang memilih untuk membela ikan koi di dalam akuarium atau membuat kolam khas di luar rumah.

Seronok juga bela ikan kan? Yang penting kena rajin tukar air mereka jika anda membelanya di dalam akuarium di rumah.

Sumber: Azie Kitchen

Ayah Goreng Ikan Koi Yang Mati Dalam Kolam Peliharaan Akibat Pam Air Tidak Berfungsi

Biasa kita tengok ikan koi di dalam kolam peliharaan kan? Tetapi lain pula kisah yang diceritakan oleh seorang pengguna Twitter ini (@Nadia_Nazir).

Menerusi ciapan yang dimuat naik olehnya, dia memberitahu bahawa bekalan elektrik di rumahnya terputus untuk beberapa tempoh waktu dan menyebabkan pam air di dalam kolam ikan koi ayahnya tidak dapat berfungsi.

Disebabkan itu, dua ekor ikan koi di dalam kolam itu telah mati.

Tapi lain pula yang berlaku apabila ayahnya tiba-tiba menghantar gambar ikan koi itu sudah digoreng sambil bertanya sama ada haiwan itu boleh dimakan atau tidak.

Terkejut jugalah pengguna Twitter bernama Nadia ini bila tengok ikan koi itu sudah digoreng.

Nadia menjelaskan bahawa ibunya tidak mahu menyiang ikan koi itu kerana rasa sebersalah. Jadi ayahnya yang menyiang ikan berkenaan tetapi digoreng oleh ibunya.

Ikan Koi Digoreng Untuk Dimakan Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Perkongsian pengguna Twitter itu mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai dan antara yang menjadi persoalan adalah rasa ikan koi. Sedap ke?

Menurut ibu kepada pengguna Twitter itu, boleh dikatakan rasa ikan koi itu manis dan lebih kurang seperti ikan siakap tetapi mempunyai banyak tulang.

Ada juga menganggap ikan koi itu seperti ikan berkualiti tinggi dan menyamakannya dengan daging wagyu kerana harganya yang mahal.

Malah, ada juga netizen berkongsi pengalaman mereka menikmati hidangan ikan koi yang pernah dimakan.


Boleh Ke Makan Ikan Koi?

Ada sesetengah pihak tertanya-tanya, boleh ke makan ikan koi? Apa hukumnya?

Berdasarkan penjelasan dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan, kesemua jenis ikan adalah halal untuk dimakan walaupun berbeza dari segi jenis dan rupa bentuk sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW:

قال النبي صلى اللَّه عليه وسلم: أحلت لنا ميتتان ودمان الميتتان : الحوت وجراد,والدمان: الكبد والطحال

Maksudnya: “Dihalalkan ke atas kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah: Dua jenis bangkai: iaitu ikan dan belalang, dan dua jenis darah: iaitu hati dan limpa

(Diriwayatkan oleh: Imam Ahmad 5690 / Ibnu Majah 3314).

Ulama telah menggariskan bahawa setiap makanan adalah halal, melainkan jika mempunyai dalil yang mengharamkannya sepertimana yang dinukilkan di dalam kitab Mausuah Fiqhiyyah:

Asal makanan adalah halal, melainkan apabila terdapat dalil mengharamkannya”.

(Mausuah Fiqhiyyah: 5/124)

Walau bagaimanapun, mana-mana haiwan yang boleh hidup di dalam air dan juga darat iaitu dua alam, contohnya seperti penyu – adalah haram untuk dimakan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd