Pemandu Parkir Kereta Tengah Jalan Di KLIA, Selamba Hisap Rokok Sambil Tengok Jalan Sesak
Ramai netizen ‘naik angin’ apabila mengetahui pemandu kereta jenis Bezza itu hanya melihat kesesakan yang berpunca darinya sambil menghisap rokok di kawasan larangan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Ketika mengambil lesen memandu, kita sudah diajar beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan ketika berada di atas jalan raya.
Contohnya, tidak boleh sesuka hati memotong pemandu lain dan mengubah haluan tanpa memberi sebarang isyarat lampu terlebih dahulu.
Tahu tak, pemandu yang mengubah haluan secara tanpa memberi sebarang isyarat (signal) dan menyebabkan berlakunya kemalangan boleh didenda sehingga RM10,000.
Bukan itu sahaja, tindakan mereka juga berkemungkinan menyebabkan anda berdepan hukuman penjara.
BACA JUGA: Pemandu Ubah Haluan Secara Tiba-tiba Boleh Didenda Hingga RM10,000
Pemandu Kereta Bezza Selamba Parkir Kereta Tengah Jalan Dan Keluar Hisap Rokok Di KLIA
Sikap segelintir pemandu yang tidak beradab ketika menggunakan jalan raya semakin menjadi-jadi apabila satu kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menerusi ciapan dimuat naik oleh seorang pelawak terkenal iaitu Harith Iskander di laman Twitter miliknya (@HarithIskander), video tersebut menunjukkan keadaan laluan di KLIA yang sedang sesak dengan kereta di ruangan mengambil penumpang.
Namun, kesesakan itu didakwa berpunca daripada tindakan seorang pemilik kereta jenis Bezza yang memarkir kenderaannya di tengah-tengah jalan.
Yang membuatkan ramai orang lebih ‘naik angin’ adalah apabila mengetahui pemandu kereta Bezza itu sedang menghisap rokok di kawasan larangan sambil melihat kesesakan lalu lintas yang disebabkan oleh keretanya berada di tengah jalan.
“You know you’re in Malaysia” Award goes to VGD5679 who casually parks his car in middle of pick up lane at arrivals KLIA (turns out he was standing across the road smoking a cigarette casually watching the difficulty he caused everyone) pic.twitter.com/f0WfXc0zrI
— Harith Iskander (@HarithIskander) March 5, 2023
Ramai Kecam Dan Anggap Tindakan Pemandu Itu Mementingkan Diri
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memberikan reaksi kurang senang selepas melihat tindakan pemandu berkenaan yang dianggap mementingkan diri.
Pada masa yang sama, netizen turut mempersoalkan tugas pihak berkuasa yang berada di kawasan tersebut dalam menjaga lalu lintas ketika berlakunya kesesakan di ruangan mengambil penumpang.
Pihak Lapangan Terbangan Terbang Mohon Maaf Atas Kesesakan Yang Berlaku
Video berkenaan yang telah tular mendapat perhatian pihak lapangan terbangan itu sendiri dan mengambil maklum tentang perkara yang berlaku.
Pihak mereka memohon maaf atas kejadian yang berlaku sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas kepada pengguna lain.
Tindakan pemandu berkenaan telah dilaporkan kepada pihak polis yang menjaga laluan trafik di KLIA.
Dear Harith, we are so sorry that this had happened! We have highlighted this to the team and @PDRMsia who oversees the traffic at KLIA. Again, we apologise for the inconvenience caused to all traffic users during the incident yesterday.
— Malaysia Airports (@MY_Airports) March 6, 2023
Lapangan terbang memang sudah dikenali sebagai kawasan yang dipenuhi dengan orang ramai terutamanya apabila ada penerbangan yang baru sahaja tiba.
Tapi bila ada kes seperti ini berlaku, ia akan membuatkan keadaan trafik bertambah sesak.
Kita tak tahu, mungkin sikap mementingkan diri seseorang boleh membuat mana-mana pihak terlepas penerbangan mereka? Jadi diharapkan tak ada lagilah kejadian seperti ini berlaku lagi.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.