Now Reading
Lelaki Ini Letak ‘Vending Machine’ Depan Rumah, Sediakan Air Percuma Untuk Hargai Pekerja Trak Sampah & Rider

Lelaki Ini Letak ‘Vending Machine’ Depan Rumah, Sediakan Air Percuma Untuk Hargai Pekerja Trak Sampah & Rider

Mesin layan diri atau lebih dikenali sebagai ‘Vending Machine’ itu diletakkan di hadapan rumahnya bagi menyantuni kakitangan penghantar barang/makanan (rider) dan juga trak sampah.

vending machine

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.


Jika seseorang itu berhasrat untuk melakukan kebaikan, sememangnya banyak perkara yang boleh dilakukannya untuk dimanfaatkan oleh orang ramai.

Sebab itulah kadangkala kita lihat sesetengah kedai akan meletakkan makanan percuma buat orang ramai pada hari-hari tertentu. Ia bertujuan untuk berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.

Bahagia dapat, pahala pun dapat. Untung, bukan? 🙂

Ketahuilah bahawa berbuat baik ini sememangnya tiada batasannya selagi anda mampu.


Lelaki Di Singapura Letak ‘Vending Machine’ Di Hadapan Rumah Untuk Beri Air Percuma

Baru-baru ini, tular di media sosial memperlihatkan seorang lelaki warganegara Singapura telah bertindak meletakkan mesin layan diri atau lebih dikenali sebagai ‘Vending Machine’ di hadapan rumahnya bagi menyantuni kakitangan penghantar barang/makanan (rider) dan juga trak sampah.

Apa yang lebih menarik, tertera di mesin tersebut ‘TYVM DRINKS‘ yang membawa maksud ‘Thank You Very Much Drinks’.

Mesin itu bagaimanapun sudah berada di hadapan kediaman Eric Chiam di 13 Yarrow Gardens bermula pada 11 Januari 2023 lagi.


Projek Bersama Ahli Keluarga

Eric Chiam yang juga seorang CEO Minmed Group Pte Ltd menerusi laman LinkedIn memberitahu bahawa idea pertama adalah untuk mempunyai peti sejuk minuman di pintu pagar, tetapi mereka menghadapi kesukaran semasa cuba untuk mencari tempat yang selamat untuk mesin tersebut.

“Mesin layan diri adalah lebih sesuai oleh kerana ia boleh mengendalikan persekitaran luar dan memastikan minuman sentiasa sejuk,” jelasnya lagi.

Dan dengan itu TYVMDRINKS dilahirkan sebagai Home Project.

“Anak sulung membuka Google Documents dan mengeluarkan idea pertama. Logo dan pelekat mesin layan diri tersebut pula direka oleh anak kedua menggunakan aplikasi Canva. Manakala, anak perempuan bertanggungjawab ke atas siaran di Instagram,” jelasnya.


637 Air Telah Dikeluarkan Pada Bulan Pertama

Bangga dengan projek yang dikendalikan itu, Eric memberitahu bahawa sebanyak 637 minuman telah dikeluarkan pada bulan pertama beroperasi, menghasilkan purata harian sebanyak 21 tin.

Teh hijau dan 100 plus adalah kegemaran ramai, namun katanya, “Tiada siapa yang menyukai Hojicha.”

Walau bagaimanapun, segelinti penghantar makanan Grab dan Lalamove masih belum menyedari akan kehadiran mesin tersebut oleh kerana terlalu tergesa-gesa setiap hari untuk melakukan tugasan.

Eric juga merasakan bahawa berita tentang kewujudan mesin tersebut masih belum tersebar luas di antara para rider.

Tapi apa yang menggembirakan pihak mereka adalah projek ini bagaimanapun semakin disedari oleh orang ramai apabila akaun Instagram @tyvmdrinks mula menerima mesej terima kasih dan penghargaan di atas minuman percuma ini.

Semoga kebaikan yang dilakukan oleh keluarga Eric Chiam ini sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh ramai orang yang memerlukan di luar sana, terutamanya ketika cuaca musim panas.

Salute!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd