Now Reading
Penduduk Tegur Individu Bawa Anjing Main Gelongsor Di Taman Permainan

Penduduk Tegur Individu Bawa Anjing Main Gelongsor Di Taman Permainan

Tindakan wanita itu membawa anjing bermain di taman permainan menjadi perbalahan kerana kawasan perumahan itu didiami masyarakat pelbagai bangsa.

Penduduk Tegur Individu Bawa Anjing Main Gelongsor Di Taman Permainan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Boleh dikatakan hampir setiap kawasan perumahan pastinya akan ada taman permainan yang disediakan untuk kanak-kanak bermain.

Taman permainan yang disediakan itu merupakan fasiliti awam yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan tidak boleh dirosakkan dengan melakukan sebarang aktiviti vandalisme dan sebagainya.

BACA JUGA: Foto Tular Pisau Diikat Pada Tangga Taman Permainan Kanak-kanak Berlaku Di Taiwan, Bukan Malaysia

Namun baru-baru ini, seorang penduduk di kawasan perumahan telah mencetuskan kontroversi dengan membawa anjing peliharaannya bermain di taman permainan tersebut.


Penduduk Di Kawasan Perumahan Tegur Wanita Bawa Anjing Main Di Taman Permainan Kanak-kanak

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok (@ramlihassan615), seorang wanita dipercayai telah membawa anjing peliharaanya bermain gelongsor di taman permainan kanak-kanak.

Dalam video tersebut, terdapat beberapa anjing dilihat berkeliaran di sekitar taman permainan sehingga ada yang menuruni gelongsor.

Melihat tindakan wanita itu membiarkan anjing bermain di taman permainan, seorang lelaki dipercayai penduduk di perumahan tersebut datang memberi teguran.

Lelaki itu menjelaskan tindakan wanita itu adalah salah kerana kawasan perumahan tersebut didiami oleh masyarakat pelbagai bangsa dan agama.

Malah, dia juga memberitahu bahawa pihak berkuasa turut melarang haiwan peliharaan berada di taman permainan.

Wanita itu menerusi video lain pula mempersoalkan tentang hak milik kawasan tersebut dan kerap kali memberitahu dia tidak memahami apa yang dituturkan oleh lelaki berkenaan.


Tindakan Wanita Bawa Anjing Peliharaan Main Taman Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Video yang tular itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dan boleh dikatakan kebanyakannya mengecam tindakan wanita tersebut yang membawa anjing peliharaannya bermain di taman permainan.

Mereka juga mencadangkan agar tindakan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana ia dilihat mengganggu sensitiviti penduduk beragama Islam yang tidak boleh bersentuhan dengan anjing.

Dalam pada itu, ada pula segelintir netizen yang terhibur melihat telatah anjing itu bermain gelongsor.

Tak salah nak bawa haiwan peliharaan anda bersiar-siar di taman pada waktu petang, tetapi sebagai pemiliknya, anda perlu lebih bertanggungjawab dalam menjaga sensitiviti masyarakat sekeliling juga.

BACA JUGA: [Video] “Respect!” – Khidmat Anjing Pengesan Dalam Misi SAR Tanah Runtuh Batang Kali Raih Pujian Ramai

BACA JUGA: Anjing Terbiar Setiap Hari Diberi Nasi Lemak. Sampai Berisi Badan!


Apa Hukum Dalam Islam Jika Terpijak Bekas Tapak Kaki Anjing?

Umum sedia maklum, anjing merupakan haiwan yang haram disentuh oleh umat Islam, sama seperti khinzir. Kalau tersentuh atau terpijak najis mereka pun kita diawajibkan untuk samak.

Tetapi macam mana pula kalau kita terpijak bekas tapak kaki anjing? Apa hukumnya?

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh seorang penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus, dia menjelaskan bahawa sama ada seseorang itu perlu samak atau tidak bergantung kepada keadaan kawasan itu.

Jika bekas tapak kaki anjing itu berada di atas pasir, tidak perlu disamak kerana ia merupakan permukaan yang kering dan tidak melekat.

Jika anda terpijak bekas tapak kaki anjing di atas selut, lantai atau mana-mana permukaan yang basah, maka wajib untuk samak kerana ia telah melekat pada pakaian yang dipakai.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd