Now Reading
Pemungut Sampah Kecewa Segelintir Masyarakat Tak Ikat Sampah Dengan Betul

Pemungut Sampah Kecewa Segelintir Masyarakat Tak Ikat Sampah Dengan Betul

Pemungut sampah itu menunjukkan kesukaran kerja mereka untuk membersihkan tong jika plastik sampah tidak diikat dengan betul.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Segelintir rakyat Malaysia mempunyai tabiat membuang sampah di merata-rata tempat. Bukan itu sahaja, ada juga yang tidak peka dengan cara untuk membuang sampah dengan betul.

Tinjauan yang dilakukan pada tahun 2019 menunjukkan bahawa 60% daripada 32 juta rakyat Malaysia gagal membuang sampah mereka ke dalam tong sampah.

Walaupun orang ramai telah membuang sampah ke dalam tong, tetapi sesetengah daripada mereka tidak mengikat plastik sampah dengan betul sehingga menimbulkan masalah kepada pemungut sampah untuk melakukan kerja harian mereka.

BACA JUGA: Gaji Pemungut Sampah Di Singapura Bakal Cecah RM10,000 Sebulan


Pemungut Sampah Kecewa Segelintir Masyarakat Tak Ikat Sampah Dengan Betul

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@sipemungutsampah), seorang pemungut sampah menunjukkan situasi di mana dia sukar untuk mengosongkan sepenuhnya sebuah tong sampah beroda berwarna hijau.

Kerjanya itu agak sukar kerana terdapat plastik sampah yang tidak diikat dengan betul atau sudah longgar sehingga mneyebabkan sampah jatuh berterabur keluar.

Di ruangan kapsyen, pekerja berkenaan mempersoalkan tindakan segelintir individu yang tidak mengikat plastik sampah dengan betul.

Dalam pada itu, pekerja tersebut turut mengingatkan masyarakat supaya membuang membuang sampah berbentuk cecair dengan betul kerana jika tidak, ia boleh menghakis tong sampah.

Kalau anda memudahkan kerja kami, kami akan buat yang terbaik untuk membersihkan tong sampah anda.

Kapsyen di video TikTok.

Video tersebut juga telah berjaya meraih 4.8 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@sipemungutsampah/video/7190958726721932570

Netizen Nasihati Orang Ramai Supaya Buang Sampah Dengan Betul

Di ruangan komen, ramai netizen yang bersetuju dengan kapsyen video tersebut dan memberi pendapat agar masayarakat perlu mengubah sikap mereka dalam menjaga kebersihan dengan lebih baik.

Salah seorang netizen memberitahu bahawa ibunya sering menasihati mereka untuk mengikat plastik sampah dengan baik bagi memudahkan pemungut sampah. Ada yang siap cuci tong sampah mereka, ya.

Malah, mereka juga sanggup meletakan dua beg plastik jika membuang sisa sampah yang ‘basah’ supaya tidak bocor dan tumpah.

Terfikir juga macam mana orang menjalani kehidupan dengan tidak mengikat sampah dengan betul, sedangkan sampah yang sudah berikat pun boleh tahan bau busuknya.


Cara Untuk Bungkus Dan Buang Sampah Dengan Betul

Membuang sampah dengan betul adalah lebih daripada sekadar memastikan beg sampah diikat dengan baik.

Ia juga bergantung kepada cara kita mengasingkan sampah untuk dilupuskan supaya dapat melindungi kesihatan serta keselamatan pemungut sampah.

Langkah yang sepatutnya dilakukan adalah:

  • Asingkan barang kitar semula daripada sisa sampah ke dalam beg dan membuangnya ke dalam tong kitar semula.
  • Balut kaca atau seramik yang pecah dalam kertas sebelum mengikatnya dengan ketat dalam beg plastik.
  • Sisa sampah yang dalam keadaan basah hendaklah diikat dalam beg plastik.
  • Buang ubat yang telah tamat tempoh atau terpakai melalui program Pulangan Ubat Anda yang dianjurkan oleh kerajaan. Sesetengah farmasi juga menyediakan kotak buangan untuk tujuan ini.

BACA JUGA: This Pharmacist Tells Us How To Safely Discard Our “Drugs”

Pada tahun 2016, rakyat Malaysia dikehendaki untuk mengasingkan sampah mereka kepada bahan kitar semula dan tidak boleh dikitar semula mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.

Jika anda didapati tidak mengasingkan sampah dengan betul, pelaku boleh didenda sehingga RM1,000 dan mungkin didakwa di mahkamah.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd