Now Reading
“Ingatkan Fitting Room”- Netizen Terkedu Bilik Sewa Siap Ada Penghadang Dinding

“Ingatkan Fitting Room”- Netizen Terkedu Bilik Sewa Siap Ada Penghadang Dinding

Ruangan bilik yang dikatakan seperti ‘fitting room’ itu hanya mempunyai rangka katil, tilam, almari kayu dan penghadang.

bilik sewa

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Nak sewa rumah setiap bulan pada zaman sekarang ini boleh dikatakan agak mahal juga. Berdasarkan pemerhatian kami, jarang nak dapat harga sewa rumah kondominium bawah RM1,000.

Kalau ada pun, berkemungkinan ianya sejenis studio apartment di mana unit berkenaan tiada bilik dan hanya ruangan sebesar 400 kaki persegi.

Disebabkan bayaran sewa rumah yang terlalu tinggi menyebabkan ramai lebih memilih untuk menyewa bilik sahaja.

Tapi ada juga yang nak sewa bilik pun perlu berfikir dua tiga kali kerana segelintir penyewa menawarkan harga yang tidak berbaloi jika dibandingkan dengan saiznya.

Sebelum ini, terdapat satu iklan bilik sewa seorang diri dengan harga RM300 di Kuala Lumpur dan saiz yang terlalu kecil sehingga ramai mengatakan ia seolah-olah sama seperti keranda.

BACA JUGA: Iklan Bilik Sewa Sekecil ‘Keranda’ Di Cheras Buat Ramai Geleng Kepala

Wanita Keliru, Ini Bilik Sewa Ke ‘Fitting Room’?

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (Erica Sofea), wanita itu berkongsi perbualannya dipercayai dengan seorang pemilik rumah sewa di sekitar Kuala Lumpur.

Dalam perbualan mereka, wanita tersebut meminta gambar bilik yang diiklankan untuk disewa.

Ruangan bilik yang ingin disewakan itu hanya mempunyai rangka katil, tilam dan almari kayu. Lebih mengeruhkan keadaan lagi, sekeliling ‘bilik’ itu ditutup dengan penghadang tinggi yang kononnya berfungsi sebagai dinding.

Kalau sekali tengok, mungkin ada yang ingat ruang tersebut adalah bilik persalinan dan bukannya bilik untuk seseorang berehat dan tidur.

I sumpah tak boleh brain. Ni bilik ke fitting room?

Pengguna Twitter, Erica Sofea.

Netizen Pun Bengang Tengok Saiz Bilik Sewa Terlalu Kecil

Perkongsian gambar bilik yang ingin disewakan itu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial.

Boleh dikatakan ramai jugalah yang bengang selepas melihat saiz ruangan yang dikatakan seperti bilik untuk disewakan itu dan mengecam tindakan penyewa yang kedekut berkenaan.

Ada yang kata macam bilik pembantu rumah, ruang solat dan sebagainya. Mereka pun tak sangka ruang tersebut boleh disewakan sebagai bilik.


Portal Online Kepada Anda Yang Ingin Mencari Bilik Sewa

Tidak dinafikan, nak dapat bilik sewa dengan harga yang berpatutan dan berbaloi dengan saiznya memang agak sukar, lebih-lebih lagi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Kepada anda yang sedang mencari bilik atau rumah sewa, jom kami bantu anda dengan menyenaraikan beberapa portal atas talian yang boleh membantu urusan anda.

Antaranya:


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd