Now Reading
2 Warga Emas Duduki Peperiksaan Di UniSZA Cetus Inspirasi Buat Orang Ramai

2 Warga Emas Duduki Peperiksaan Di UniSZA Cetus Inspirasi Buat Orang Ramai

M Krishnan, 77, dan R Ramesh, 56, mendaftar untuk kursus ijazah undang-undang selama 4 tahun pada Oktober lalu dan kedua-dua mereka adalah sahabat baik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Ilmu adalah perkara yang sangat bernilai. Sebab itulah wujudnya peribahasa ‘Tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina”.

Tidak dinafikan, kebanyakan daripada kita tidak pernah terlintas di fikiran untuk kembali ke sekolah setelah bertahun-tahun lamanya menamatkan pengajian.

Walau bagaimanapun, lain pula yang diputuskan oleh dua warga emas ini apabila mereka memilih untuk mendaftar di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Malah, pada Jumaat lalu (3 Februari), M Krishnan, 77 tahun dan R Ramesh, 56 tahun telah menduduki peperiksaan akhir semester mereka.

Kedua-dua warga emas ini yang bersahabat baik dikatakan mendaftar untuk ijazah undang-undang selama 4 tahun pada Oktober lalu dan kini sedang menduduki kertas Pengenalan Teknologi Maklumat mereka di Dewan Gemilang di kampus Gong Badak.

Ramesh akui dirinya gementar untuk menduduki peperiksaan, tetapi berjaya bertenang dan menjawab kesemua soalan.

Dalam temu bual bersama Sinar Harian, beliau berkata kali terakhir beliau menduduki peperiksaan ialah 37 tahun lalu pada 1986 untuk peperiksaan STPM.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, perjalanan pengajian semester pertama memuaskan, malah dia juga mendapat sokongan dan kerjasama baik daripada pensyarah dan rakan sekelas.

Bagi Krishnan pula, dia perlu mengimbangi masanya antara kerja, keluarga, dan pelajaran. Memang sukar tetapi dia berusaha untuk mencapai impiannya menjadi seorang peguam.

Saya perlu membahagikan masa dengan baik untuk keluarga, kerja dan kelas dan untuk peperiksaan akhir ini. Saya berazam untuk buat yang terbaik bagi mencapai impian lulus dengan cemerlang.

Krishnan, menerusi Sinar Harian.

Kedua-dua individu ini semestinya menjadi inspirasi buat orang ramai, sekaligus membuktikan bahawa umur tidak mengehadkan keupayaan seseorang itu untuk terus menimba ilmu.

Menjengah di media sosial, orang ramai turut mengagumi semangat mereka serta keberanian mereka berdua untuk mengikuti kursus yang mencabar seperti undang-undang.

Malah, ramai juga yang turut memberikan kata-kata semangat supaya mereka berdua akan sukses dalam peperiksaan yang akan datang.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd