Now Reading
Penonton Sesuka Hati Rekod Filem Dalam Wayang Guna Telefon & Muat Naik Di TikTok

Penonton Sesuka Hati Rekod Filem Dalam Wayang Guna Telefon & Muat Naik Di TikTok

Wanita tersebut juga enggan memberikan telefon bimbitnya kepada pekerja panggung wayang itu untuk semakan bagi memastikan tiada sebarang rakaman filem Eva (Take Me As I Am) dilakukan.

Penonton Sesuka Hati Rekod Filem Dalam Wayang Guna Telefon & Muat Naik Di TikTok

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Panggung wayang merupakan lokasi utama setiap kali ada filem tempatan atau antarabangsa yang baru yang keluar di pawagam.

Antara filem popular yang menjadi tumpuan orang ramai sebelum ini adalah Mat Kilau dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.

BACA JUGA: Mat Kilau Raih RM71 Juta, Kalahkan Filem Hollywood Di Pawagam Malaysia

BACA JUGA: Raih Kutipan RM8 Juta Dalam 4 Hari, Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ‘Trending’ Di Media Sosial

Sebelum setiap tayangan filem dipertontonkan kepada orang ramai di pawagam, pihak pengurusan panggung wayang berkenaan akan memberi pesanan bahawa sebarang rakaman menggunakan alat peranti elektronik adalah tidak dibenarkan.

Tidak kiralah sikit atau banyak rakaman tersebut, perbuatan itu adalah dilarang sama sekali.

Penonton Senyap-senyap Rakam Filem Dalam Panggung Wayang Guna Telefon Bimbit

Baru-baru ini, tular satu video dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (Ahmad Syafiq) menunjukkan tindakan seorang penonton sesuka hati merakam babak filem Eva (Take Me As I Am) ketika berada di dalam panggung wayang.

Tindakan tidak bertanggungjawabnya itu telah menyebabkan dia dan rakannya ditegur oleh seorang lelaki dipercayai pekerja di pawagam berkenaan.

Meskipun perbuatannya itu dikatakan sudah ‘kantoi’, tetapi wanita berkenaan menafikan bahawa dia ada merakam apa-apa.

Bukan itu sahaja, wanita tersebut juga enggan memberikan telefon bimbitnya kepada pekerja berkenaan ketika dia ingin melakukan semakan bagi memastikan tiada sebaran rakaman dilakukan.

Kenapa pula tak boleh rekod? Tapi saya bayar. Kenapa awak nak check telefon saya pula? Apa hak awak?

Wanita tersebut menyoal kepada pekerja panggung wayang berkenaan.

Namun penafian wanita itu dilihat seolah-olah tidak selari dengan perbuatannya apabila pengguna Twitter tersebut mendedahkan akaun TikTok miliknya yang terdapat beberapa rakaman babak dari filem Eva.

Salah Seorang Rakan Mengaku Tidak Boleh Rakam Dalam Panggung Wayang

Sebelum memuat naik beberapa babak dalam filem Eva lakonan Nadia Brian, Nadia Aqilah dan Shamsul Danish, rakan kepada wanita tersebut mengakui mereka tidak dibenarkan merakam dalam panggung wayang.

Tetapi oleh kerana filem yang ditonton oleh mereka itu mempunyai ‘review’ yang bagus, jadi mereka ingin mempromosikan cerita berkenaan dengan merakam beberapa babak secara diam-diam.

Kami tengah tengok satu cerita ni best gila. Sebenarnya dalam wayang tak boleh nak rekod tapi kami akan rekod sikit-sikit sahaja untuk anda tengok. Tak boleh nak rakam sepenuhnya sebab takut orang nampak.

Salah seorang wanita yang ditegur oleh pekerja panggung wayang.

Tindakan mereka telah mendapat pelbagai reaksi di media sosial dan kebanyakannya mengecam perbuatan mereka merekod filem di dalam panggung wayang.

Pihak pengurusan panggung wayang itu juga telah memberi respon dengan bertanyakan maklumat terperinci seperti tarikh, masa dan lokasi kejadian.

Malah pihak kami juga tidak dapat memastikan sama ada perbuatan tersebut hanyalah sebagai lakonan untuk tujuan pemasaran ataupun benar-benar berlaku.

Dalam pada itu, tiada bukti sahih menunjukkan lelaki tersebut adalah seorang pekerja di panggung wayang berkenaan.

Merakam Di Dalam Panggung Wayang Adalah Satu Kesalahan

Mereka yang ditangkap merakam filem di dalam panggung wayang akan dikenakan tindakan mengikut Akta Hak Cipta 1987 dan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Individu yang merakam sepenuhnya filem tanpa sebarang kebenaran daripada pihak penggung wayang pula akan didenda antara RM10,000 sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Orang ramai dinasihati untuk tidak melakukan perbuatan bertanggungjawab ini dan mematuhi arahan yang telah ditetapkan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd