Now Reading
[Video] Pelanggan Amuk Gara-gara Saiz Cawan Kopi Kecil Hingga Memaki Staf Kedai

[Video] Pelanggan Amuk Gara-gara Saiz Cawan Kopi Kecil Hingga Memaki Staf Kedai

Pelanggan itu didakwa memaki pelanggan tersebut kerana bengang dengan saiz cawan kopi Americano yang dikatakan terlalu kecil.

[Video] Pekerja F&B Ditengking Pelanggan Kerana Beri Air Americano Dalam Cawan Saiz Kecil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebagai pekerja yang mencari rezeki dalam bidang makanan dan minuman atau juga disebut sebagai ‘F&B’, mereka memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk melayan pelbagai kerenah pelanggan.

Tak ada angin tak ada ribut, seseorang pekerja F&B itu boleh tiba-tiba sahaja dimarah oleh pelanggan seperti mana yang pernah berlaku sebelum ini di salah satu cawangan McDonald’s.

Ketika kejadian, pelanggan tersebut telah menengking pekerja tersebut kerana bengang apabila ditanyakan soalan bagi memastikan pesanannya diambil dengan betul.

Tindakan lelaki itu yang disifatkan sebagai marah tanpa sebab telah menimbulkan pelbagai reaksi dari orang ramai kerana geram dengan sikap biadapnya terhadap pekerja tersebut.

BACA JUGA: [Video] “Awak Pekak Ke?” – Netizen Terkejut Lihat Pelanggan Biadap Dengan Staf McDonald’s

Pelanggan Tengking Pekerja Kerana Bengang Diberi Americano Cawan Kecil 

Baru-baru ini, tular satu video dimuat naik oleh seorang pekerja menerusi akaun TikTok (miloais_1ikattepi) menunjukkan keadaan tegang di sebuah kedai air minuman ketika dia sedang bekerja.

Pelanggan tersebut dipercayai membuat pesanan air kopi Americano panas dan mempersoalkan tentang saiz cawan yang dikatakan terlalu kecil.

Akibat tidak berpuas hati dengan saiz tersebut, pelanggan berkenaan didakwa menengking akibat bengang dengan saiz cawan Americano yang diterimanya itu.

Bagi menenangkan keadaan, penyelia kedai kopi berkenaan telah menerangkan dengan baik kepada pelanggan tersebut bahawa air minuman itu hanya mempunyai satu saiz sahaja seperti yang sudah ditetapkan mengikut prosedur.

Meskipun penyelia berkenaan sudah memberi penjelasan dan meminta maaf, pelanggan tersebut masih marah dan memaki mereka menggunakan kata-kata kesat.

Dalam video lain, wanita itu menceritakan pelanggan terbabit bengang dengan saiz cawan yang kecil kerana katanya dia pernah menerima saiz cawan yang lebih besar sebelum ini ketika membeli minuman yang sama.

Walau bagaimanapun, video asal tersebut telah dipadam oleh pemiliknya di TikTok bagi menjaga nama baik kedua-dua belah pihak.

Tetapi video berkenaan telah dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok (@IniAlalalannn)

Pekerja F&B Yang Lain Kongsi Pengalaman Sama Yang Pernah Dihadapi

Video yang tular itu telah mendapat perhatian netizen dan mereka turut meluahkan rasa tidak puas hati melihat sikap pelanggan itu yang dianggap biadap kepada pekerja.

Beberapa netizen memberi pandangan bahawa pekerja F&B tidak seharusnya diberi layanan seperti itu kerana mereka juga manusia biasa yang hanya menjalankan tugas mengikut piawaian ditetapkan.

Pada masa sama, ramai juga netizen yang berkongsi pengalaman mereka sebagai pekerja dan terpaksa berdepan dengan pelbagai jenis ragam serta kerenah pelanggan.

Bukan sahaja dalam bidang F&B, malah mereka yang bekerja di talian khidmat pelanggan juga perlu berhadapan perkara sama.

Sebagai pelanggan, kita memang ada hak untuk memberi teguran sekiranya berlaku sebarang kesalahan yang jelas dan nyata. Tetapi kita juga perlu mengawal emosi dalam memberi teguran supaya tidak menyinggung perasaan individu lain.

BACA JUGA: Ini 5 Kopi Lokal Yang Anda Patut Cuba. Mesti Sedap Punya!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd