Now Reading
[Video] Wanita Beri Amaran Rempah Miliki Kandungan ‘Babi’, Akhirnya Diajar Bahasa Inggeris Pula!

[Video] Wanita Beri Amaran Rempah Miliki Kandungan ‘Babi’, Akhirnya Diajar Bahasa Inggeris Pula!

Wanita berkenaan bagaimanapun telah mengeluarkan permohonan maaf di atas kesilapannya ketika membaca label pada produk rempah itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seorang wanita baru-baru ini mencetuskan kekecohan di media sosial apabila mendakwa jenama rempah terkenal dari Amerika Syarikat (AS) mengandungi daging babi dalam produk tersebut.

Pengguna TikTok itu dikatakan telah memuat naik video yang menunjukkan rempah tersebut dijual di pasar raya tempatan, Jaya Grocer.

Dalam video itu, dia menunjukkan label rempah itu mempunyai label ‘pork’.

@share_vibes Dah kabo pentingnya english education. ISH ISH ISH 😂 #fyp #masukberandafyp #educationgonewrong ♬ Epic Music(842228) – Pavel

Label ‘Pork’ Itu Bukanlah Bahan Yang Digunakan, Ia Hanya Cadangan Untuk Menggunakan Rempah Tersebut

Orang ramai bagaimanapun menunjukkan kekhilafan wanita tersebut menerusi video itu di mana mereka menegaskan label ‘pork’ yang tertera bukanlah bahan yang ada di dalamnya, malah ia adalah salah satu cara/cadangan untuk menggunakan rempah tersebut.

Ini bermakna, rempah itu boleh digunakan untuk memasak hidangan ‘pork’, ayam, daging, dan lain-lain hidangan mengikut citarasa tukang masak.

Tindakan wanita tersebut turut diselar oleh beberapa pengguna media sosial yang mengatakan dia telah membuat kesimpulan tanpa membaca label dengan betul.

label pork
label pork

Video asal (OP) tersebut bagaimanapun telah dipadam apabila ianya menerima kecaman hangat di media sosial.

label pork

Sementara itu, seorang lagi pengguna TikTok, @nurshaheeraaa, berkata netizen salah ‘target’ pemilik video asal gara-gara namanya dikatakan agak serupa dengan wanita berkenaan.

Meskipun sudah memberikan penjelasan, beberapa netizen tetap ragu-ragu dan berkata suara mereka kedengaran sama.

@shameera2335 Replying to @MarryJ4ne_ bukan saya ya… #shouldbeme #nurshaheera1 #pork ♬ original sound – nurshaheera – M E E R A 🌸

Mohon Maaf, Perjelas Isu Sebenar

Setelah tularnya video tersebut, wanita berkenaan tampil membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapannya ketika merakam serta memuat naik video itu.

Dia menerusi satu video menjelaskan tidak peka dengan perkataan ‘use on’ (boleh digunakan pada) pada label rempah tersebut. Malah, perkara itu juga telah ditegur oleh rakannya bahawa dia sudah tersalah membaca label pada produk.

Sedar dengan kesilapan yang dilakukan olehnya, wanita itu juga menjelaskan tidak berniat untuk mencari publisiti murahan atau sengaja mengeluarkan konten seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.

Dia menjelaskan ketika itu tersentak sebaik melihat perkataan ‘pork’ pada label rempah dan mengakui itu adalah kesilapannya.

Saya sudah menurunkan video itu secepat mungkin tapi tak sangka ada yang dah muat turun dan ia viral. Terima kasih atas nasihat, tapi seperti orang ramai katakan saya buat konten bodoh. Tidak, saya tak lakukan untuk meraih apa-apa. Saya memang silap tak nampak ‘use on’ tu sehingga ada rakan yang tegur dan saya terus buang video tersebut.

Jelas wanita berkenaan menerusi satu video.

“Bukan Tak Faham English”

Mengulas lanjut, wanita itu turut menjelaskan dia bukanlah tidak memahami Bahasa Inggeris seperti yang didakwa, tetapi tidak nampak perkataan ‘use on’ pada rempah tersebut.

Saya dengan rendah dan setulus hati memohon maaf pada semua yang dah melihat video saya, yang marah, yang kata saya buat konten bodoh, saya minta maaf. Mohon maaf jika video TikTok saya dah menyebabkan misleading (tak sahih) info dan sejujurnya saya memang tiada niat yang tak baik. Insya-Allah di masa akan datang saya akan lebih berhati-hati.

Jelas wanita berkenaan menerusi satu video.

Ketika ditemubual oleh BuzzKini, dia menekankan tidak berniat untuk meraih publisiti mahupun mencalarkan nama mana-mana pihak serta memohon maaf dengan ikhlas jika ada pihak yang terkesan dengan tindakannya itu.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd