Now Reading
“My Favourite Is Kuala Lumpur” – Dua Lipa

“My Favourite Is Kuala Lumpur” – Dua Lipa

Dua Lipa turut memberitahu ketika keberadaannya di Kuala Lumpur, dia telah melawati beberapa buah kuil yang ada di sekitar bandar.

dua lipa kuala lumpur

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Penyanyi popular antarabangsa berketurunan Albania iaitu Dua Lipa, 27, baru-baru ini telah membuatkan rakyat Malaysia berasa bangga apabila penyanyi lagu hit New Rules itu menamakan Kuala Lumpur sebagai tempat paling menarik yang pernah dilawati olehnya di seluruh dunia.

“Banyak-banyak tempat yang saya pernah singgah, Kuala Lumpur paling saya suka,” kata Dua Lipa.

Dua Lipa turut memberitahu ketika keberadaannya di Kuala Lumpur, dia telah melawati beberapa buah kuil yang ada di sekitar bandar.

Ia antara pengalaman yang sangat menarik saya rasai sewaktu berada di Asia.

Dua Lipa.

Dua Lipa berkongsi perkara itu ketika mengadakan siaran langsung (live) soal jawab bersama-sama dengan peminatnya menerusi aplikasi TikTok.

Untuk rekod, Dua Lipa sebelum ini pernah membuat persembahan di KL Live pada tahun 2018. Manakala pada tahun 2017 pula, dia turut menjayakan persembahan di Good Vibes Festival di Genting Highlands.

Malaysia menjadi salah satu destinasi untuk siri jelajah Self-Titled sebagai promosi kepada albumnya yang bertajuk Dua Lipa yang diterbitkan pada 2016.

Dia juga merupakan salah seorang pemenang Anugerah Grammy dan begitu berpengaruh dengan memiliki 87.7 juta pengikut di Instagram ketika ini.

Sumber: dualipa/Instagram

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd