Now Reading
[Video] Gadis Tular Di TikTok Terima 2 Hadiah Beg Tangan Dari Charles & Keith

[Video] Gadis Tular Di TikTok Terima 2 Hadiah Beg Tangan Dari Charles & Keith

Charles & Keith telah menghadiahkan dua jenis beg kepada Zoe iaitu beg Gabine berwarna putih dan beg Charlot berwarna hitam.

Charles & keith bags zoe tiktok

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebelum ini, seorang gadis menerusi video TikTok yang dimuat naik olehnya (@Zohtaco) telah tular di media sosial selepas menunjukkan beg tangan jenama Charles & Keith yang dihadiahkan oleh ayahnya.

Menurut gadis yang dikenali sebagai Zoe, beg tersebut merupakan jenama beg tangan mewah pertama yang dimiliki olehnya.

Walau bagaimanapun, keterujaannya menerima komen kurang baik daripada segelintir pengguna media sosial yang memberitahu bahawa Charles & Keith bukanlah jenama beg tangan mewah.

BACA JUGA: [Video] Teruja Dapat Beg Pertama Jenama Mewah Dari Ayah, Tapi Ada Pula Yang Beri Komen Negatif

beg charles & keith
Sumber: TikTok @Zohtaco

Namun siapa sangka selepas isu tersebut menjadi tular, Zoe dan bapanya telah dijemput oleh pengasas Charles & Keith sendiri untuk bersama-sama makan tengah hari.

Bukan itu sahaja, sumber Marketing Interactive memaklumkan mereka berdua juga dibawa melawat ibu pejabat Charles & Keith di Singapura.

BACA JUGA: Gadis Tular Dapat Hadiah Beg Tangan Mewah Dijemput Jumpa Pengasas Charles & Keith

Zoe dijemput makan tengah hari bersama Charles & Keith
Sumber: Instagram @ZoeGabriel

Charles & Keith Hadiahkan 2 Beg Tangan Kepada Zoe

Baru-baru ini, Zoe juga telah menerima hadiah dua beg tangan daripada Charles & Keith selepas dia diberi peluang untuk melawat ibu pejabat Charles & Keith di Singapura.

Lebih istimewa lagi, Charles & Keith telah menghadiahkannya sebuah beg ikonik yang diberi nama Beg Gabine berwarna putih yang diubah suai (personalised) khas untuk Zoe.

Bukan itu sahaja, Zoe juga menerima satu lagi beg berwarna hitam dari koleksi Charles & Keith iaitu Beg Charlot.

beg Charles & Keith
Sumber: TikTok @Zohtaco

Pemberian dua beg tangan itu adalah sebagai tanda mereka menghargai cara Zoe menangani isu tersebut dengan tenang dan matang.

Malah, mereka turut berharap agar Zoe akan mengingati kenangan indah bersama Charles & Keith dan terus memberi inspirasi kepada masyarakat di luar sana untuk sentiasa bersikap baik hati dan berkeyakinan diri.

Harap anda gembira dapat meluangkan masa di ibu pejabat kami dan berjumpa sendiri dengan pengasas Charles & Keith. Kami semua kagum melihat cara anda menangani situasi tersebut dengan sangat matang. Dengan itu, kami persembahkan beg ikonik kami iaitu beg Gabine yang diubah suai khas untuk anda.

Charles & Keith.

Video ‘unboxing’ kedua-dua buah beg Charles & Keith itu juga telah dikongsikan oleh Zoe di laman TikTok miliknya (@Zohtaco) dan telah meraih enam juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@zohtaco/video/7188360613272243457

Netizen Beri Sokongan Positif Kepada Zoe Serta Charles & Keith

Video ‘unboxing’ yang mendapat perhatian ramai itu juga menerima limpahan komen dari netizen yang sangat positif.

Rata-rata netizen turut menumpang gembira dengan hadiah yang diterima oleh Zoe daripada pihak Charles & Keith selepas apa yang dilaluinya ketika dipandang rendah oleh salah seorang pengguna media sosial.

Mereka juga berterima kasih kepada Charles & Keith kerana memberi sokongan dan semangat kepada Zoe.

Hanya kerana seseorang tidak berkemampuan untuk memiliki sesuatu, itu tidak bermakna mereka tidak layak memilikinya pada masa akan datang.

Walaupun terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menyimpan duit dan mendapatkan barangan tersebut, tetapi tiada apa yang mustahil di dunia ini. Betul tak?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd