Now Reading
Soalan Matematik Terlalu Sukar, Ramai Kurang Setuju Silibus KBAT Untuk Murid Sekolah Rendah

Soalan Matematik Terlalu Sukar, Ramai Kurang Setuju Silibus KBAT Untuk Murid Sekolah Rendah

Soalan tersebut difahamkan diajar di dalam silibus matematik murid sekolah rendah di bawah topik Pemikiran Lateral.

Soalan Matematik Sekolah Rendah KBAT Sangat Jadi Pertikaian Orang Ramai

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Silibus pendidikan bagi murid sekolah rendah dan juga menengah dilihat lebih ‘advance’ berbanding tahun-tahun sebelum ini selepas beberapa perubahan dilakukan oleh pihak kementerian.

Namun perubahan tersebut mendapat pelbagai reaksi orang ramai dan salah seorangnya adalah Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Hasnah Toran.

Beliau memberi pandangan bahawa silibus murid sekolah rendah terlalu rumit dan tidak bersesuaian dengan daya intelektual pada usia mereka.

Murid di tahap satu sebenarnya perlu terlebih dahulu menguasai kemahiran asas seperti mengira dan mengeja. Tahap pendidikan mereka tidak sepatutnya terlalu sukar sehingga membebankan.

Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Hasnah Toran.
Sumber: Harian Metro

Soalan Matematik Sekolah Rendah Terlalu Merumitkan

Isu berkaitan tahap kesukaran silibus pendidikan sekolah rendah sekali lagi menjadi topik perbualan netizen selepas seorang pengguna Twitter (@khairul_hafidz) berkongsi gambar soalan matematik di ciapannya.

Menurut doktor kesihatan itu, soalan tersebut difahamkan diajar di dalam silibus matematik murid sekolah rendah di bawah topik Pemikiran Lateral.

Yang menjadi pertikaiannya adalah apabila soalan itu dilihat terlalu sukar untuk dijawab bagi murid sekolah rendah. Kalau bagi orang dewasa jawab soalan itu pun, belum tentu kami boleh selesaikannya.

Soalan tersebut berbunyi seperti:

Di sebuah pejabat kerajaan Encik Malik sedang berbincang dengan seorang pegawai:

En Malik: Kalau 1 berapa?

Pegawai: RM20,000

En Malik: Kalau 250 berapa pula?

Pegawai: RM8,000

En Malik: Kalau 2500 berapa pula?

Pegawai: RM3,000

En Malik: Kalau 2512 berapa pula?

Pegawai: Oh! Hanya RM300 sahaja

Apa yang Encik Malik ingin beli?

Agak-agak apa jawapannya? Kami pun masih terfikir lagi.

Ramai Kurang Setuju Dengan Tahap Kesukaran Soalan Matematik Sekolah Rendah

Perkongsian gambar soalan matematik itu menjadi pertikaian netizen di media sosial kerana rata-rata mereka menganggap soalan berkenaan terlalu rumit untuk murid sekolah rendah.

Mereka menganggap tahap kesukaran soalan matematik itu agak membebankan bagi tahap pemikiran murid sekolah rendah.

Dalam pada itu, ada juga yang menjelaskan bahawa jenis soalan matematik itu merupakan jenis soalan yang dikhaskan untuk mereka yang ingin memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan juga Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Kalau anda yang tertanya-tanya jawapan kepada soalan matematik itu, jawapannya adalah nombot plat kereta.

Di sebalik ramai yang mengeluh melihat kesukaran soalan matematik itu, ada juga netizen lain terhibur melihat soalan-soalan matematik yang memeningkan.

Siap ada yang buat meme ya!

Struktur Pendidikan Matematik Sekolah Rendah

Berdasarkan draf Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), setiap murid di Malaysia berpeluang melalui sekurang-kurangnya enam tahun pendidikan asas di sekolah.

Ini merangkumi tiga tahun pendidikan di Tahap I dan tiga tahun pendidikan di Tahap II. Setelah itu, murid boleh mengikuti pendidikan di peringkat pengajian yang lebih tinggi.

  • Tahap I : Bertujuan untuk membina kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi asas.
  • Tahap II : Bertujuan untuk membina kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi yang lebih kompleks dalam kalangan murid supaya dapat digunakan dalam menangani cabaran dalam kehidupan seharian secara berkesan.

Objektif

Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik membolehkan murid melakukan perkara seperti berikut:

  • Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks.
  • Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Algebra serta Statistik dan Kebarangkalian.
  • Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.
  • Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul.
  • Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah.
  • Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan harian.
  • Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya
  • Menghargai dan menghayati keindahan matematik.
  • Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik.

Bidang Pembelajaran

Kandungan matematik dirangkumkan mengikut empat bidang pembelajaran iaitu:

  • Nombor dan Operasi
  • Sukatan dan Geometri
  • Perkaitan dan Algebra
  • Statistik dan Kebarangkalian

Kandungan bagi KSSR Matematik adalah sebagaimana berikut:

Nombor dan Operasi

  • Nombor Bulat
  • Penambahan
  • Penolakan
  • Pendaraban
  • Pembahagian
  • Operasi Bergabung
  • Pecaahan
  • Perpuluhan
  • Peratusan
  • Wang

Sukatan Dan Geometri

  • Masa dan Waktu
  • Ukuran Panjang
  • Jisim
  • Isi Padu Cecair
  • Ruang

Perkaitan Algebra

  • Koordinat
  • Nisbah dan Kadaran

Statistik Dan Kebarangkalian

  • Pengurusan Data
  • Kebolehjadian

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd