Now Reading
[Video] Lion Dance Menari Lagu Trending Di TikTok Buat Ramai Terhibur

[Video] Lion Dance Menari Lagu Trending Di TikTok Buat Ramai Terhibur

Antara lagu yang dimainkan sebagai latar belakang tarian singa ini adalah Party Rock Anthem, LMFAO dan Venom, BLACKPINK.

lion dance menari lagu trending comel

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sambutan Tahun Baru Cina tanpa adanya tarian singa akan membuatkan perayaan ini tidak lengkap.

Persembahan tarian singa atau juga dikenali sebagai ‘lion dance’ ini cukup menarik kerana mereka akan memakai kostum singa dengan berwarna-warni dan membuat persembahan yang memukau penonton.

Setiap kali penari tarian singa ini akan melompat di atas tiang yang tinggi, mesti ramai yang berdebar kan? Kita yang tengok pula rasa takut.

Selain dipersembahkan di tempat tumpuan ramai seperti di pusat membeli-belah, tarian singa ini juga dilakukan di pejabat, difahamkan untuk mendapat rahmat (blessing).

BACA JUGA: Suria KLCC Cipta Sejarah, Bina Replika Arnab Terbesar Di Malaysia Rai Tahun Baru Cina

Tarian Singa Buat Persembahan Menari Lagu Trending Di Pusat Beli-belah

Menerusi perkongsian dimuat naik di akaun TikTok (@Gempak), video tersebut memaparkan persembahan tarian singa yang dilakukan di sebuah pusat membeli-belah sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal diraikan tidak lama lagi.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah muzik persembahan mereka itu adalah dari lagu-lagu yang trending. Antaranya:

  • See Tình – Hoàng Thuỳ Linh
  • Party Rock Anthem – LMFAO
  • Venom – BLACKPINK
  • Squid Game

Kebiasaannya persembahan tarian singa ini akan menari dengan lagu berlatarkan muzik dari budaya kaum Cina, tetapi lain pula ya kali ini.

Bayangkan lion dance siap ada ‘shuffle’ dan mengikut tarian yang trending di TikTok. Comel sangat!

Video persembahan tarian itu telah meraih 497,800 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@astrogempak/video/7189399991117532442

Ramai Netizen Anggap Tarian Singa Sudah Jadi ‘Kaki TikTok’

Ruangan komen video tersebut rata-ratanya dipenuhi dengan pujian orang ramai yang terhibur melihat gelagat comel tarian singa itu menari mengikut muzik yang pernah menjadi popular di platform TikTok.

Siap ada yang kata tarian singa ini sudah terpengaruh dan digelar ‘kaki TikTok’. Bukan itu sahaja, nama kucing ‘Oyen’ juga tiba-tiba dikaitkan dengan telatah lion dance ini.

Apa-apa pun, tarian singa yang ‘moden’ ini memang comel betul. Rasa macam tak puas tengok sekejap je.


Sejarah Tarian Singa

Tarian singa ini merupakan tradisi masyarakat kaum Cina di mana penari akan meniru pergerakan singa dengan memakai kostum.

Kemudian, kostum singa tersebut akan dipersembahkan oleh dua orang penari, seorang di hadapan dengan menggerakkan kepala kostum manakal seorang lagi di belakang untuk mengerakkan badan serta ekor.

Tarian singa ini akan diiringi dengan gong, gendang dan dentuman mercun yang dikatakan boleh membawa tuah.

Sumber: Pinterest

Singa secara tradisinya dianggap pelindung dalam kebanyakan budaya Asia, terutamanya dalam kalangan keturunan Cina.

Semasa zaman dinasti empayar, pergerakan tarian singa membawa maksud tersembunyi.

Malah gerakan klasik seperi memakan sayur-sayuran itu mewakili pendirian politik kerana perkataan Cina untuk sayur-sayuran kedengaran sama seperti nama pemerintah yang tidak disukai.

Tetapi hari ini walaupun pergerakannya hampir sama, mereka memegang simbolisme yang berbeza.

BACA JUGA: Why Chinese New Year Lion Dances Are So Loud And Colorful


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd