Now Reading
Kanak-kanak Lelaki Ditemui Di Cheras Utama Seorang Diri Dengan Banyak Kesan Luka Pada Tubuh Badan

Kanak-kanak Lelaki Ditemui Di Cheras Utama Seorang Diri Dengan Banyak Kesan Luka Pada Tubuh Badan

Kaki kanak-kanak itu juga sudah tempang dan terdapat kesan darah pada rambut serta bekas gigitan berbentuk gigi pada badan.

kanak-kanak seorang diri tepi jalan ditemui dengan kesan luka dera pada badan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kes penderaan kanak-kanak di Malaysia semakin membimbangkan kerana sudah banyak insiden sedemikian dilaporkan.

Tindakan mendera kanak-kanak ini juga pernah berlaku kepada beberapa bayi di pusat jagaan ketika mereka dijaga oleh guru pengasuh.

BACA JUGA: TLDR; #JusticeForBella Trending Di Media Sosial. Beberapa Pihak Bongkar Segalanya

Terdahulu, wujud kes di mana tiga orang pengasuh wanita di Terengganu didakwa telah melakukan kecuaian terhadap seorang bayi berusia empat bulan sehingga koma.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mereka telah memukul kepala bayi berkenaan menggunakan tangan.

BACA JUGA: Dera Bayi 4 Bulan Hingga Koma, 3 Pengasuh Ditahan Di Terengganu

Dera-Bayi-4-Bulan-Hingga-Koma-3-Pengasuh-Ditahan-Di-Terengganu-1-1
Sumber: Harian Metro

Kanak-kanak Lelaki Ditemui Seorang Diri Di Tepi Jalan Pada Waktu Malam Sekitar Cheras Utama

Kes penderaan sekali lagi dilaporkan berlaku apabila seorang kanak-kanak lelaki dipercayai berusia tiga atau empat tahun dengan beberapa kesan cedera pada tubuh badan ditemui di tepi jalan seorang diri.

Memetik laporan Harian Metro, kanak-kanak tersebut ditemui oleh seorang lelaki bernama Ahmad Nor Faizal Mohd Nor berusia 37 tahun ketika dia sedang melalui jalan sekitar Cheras Utama kira-kira jam 11:30 malam pada Jumaat lalu (13 Januari).

kanak-kanak seorang diri tepi jalan ditemui dengan kesan luka dera pada badan
Sumber: TikTok @d_barohgaragemotorsports

Ahmad Nor Faizal menceritakan dia yang dalam perjalanan pulang dari kedai menunggang motosikal terlihat kelibat kanak-kanak itu seorang diri di tepi jalan.

Disebabkan berasa tidak sedap hati, dia mengambil keputusan untuk berpatah balik sebelum melihat kanak-kanak itu melambaikan tangan ke arahnya.

Ketika disoal destinasi yang ingin dituju oleh kanak-kanak tersebut, katanya dia sudah sesat.

Saya tanya dia nak ke mana dan dia cakap dia sudah sesat. Jadi saya bawa dia ke gerai makanan berhampiran dan bertanya jika ada sesiapa mengenali kanak-kanak tersebut, tetapi tiada siapa yang kenal. Saya tanya dalam group WhatsApp penduduk pun tiada sesiapa kenal.

Ahmad Nor Faizal Mohd Nor.
kanak-kanak seorang diri tepi jalan ditemui dengan kesan luka dera pada badan
Kanak-kanak itu dibawa ke gerai makanan berhampiran. (Sumber: TikTok @d_barohgaragemotorsports)

Badan Kanak-kanak Lelaki Ditemui Itu Penuh Dengan Kesan Luka Dipercayai Akibat Didera

Keadaan lebih mengejutkan lelaki tersebut apabila dia terlihat terdapat banyak kesan luka pada tubuh badan kanak-kanak lelaki itu.

Malah, kakinya juga sudah tempang dan terdapat kesan darah pada rambut serta bekas gigitan berbentuk gigi pada badan.

Ketika saya lihat badannya, memang sangat teruk. Ada kesan luka baru dan lama di badan sehinggakan salah satu jarinya sudah tiada kuku dan tidak dirawat dengan baik. Apabila ditanya juga dia hanya menjawab sepatah-sepatah.

Ahmad Nor Faizal Mohd Nor.
kanak-kanak seorang diri tepi jalan ditemui dengan kesan luka dera pada badan
Sumber: TikTok @d_barohgaragemotorsports

Ketika ditanya kenapa dia dipukul dengan begitu teruk, kanak-kanak berkenaan memberitahu bapanya yang mabuk selepas meminum bir sering memukulnya.

Kanak-kanak itu juga beritahu ibunya turut dipukul dengan bapanya. Kesan cedera pada kepalanya terjadi kerana dihentak ke dinding.

Ahmad Nor Faizal Mohd Nor.

Berikutan itu, lelaki tersebut telah melaporkan kes berkenaan ke balai polis berhampiran selepas tiada penduduk yang mengenali kanak-kanak itu.

kanak-kanak seorang diri tepi jalan ditemui dengan kesan luka dera pada badan
Sumber: TikTok @d_barohgaragemotorsports

Pihak Polis Buka Kertas Siasatan Berhubung Kes Dera Kanak-kanak Itu

Asisten Komisioner Mohd Zaid bin Hassan dalam satu kenyataan memaklumkan mangsa yang mengalami kecederaan di badan, lengan, jari dan dahinya telah dihantar ke wad kanak-kanak di Hospital Kajang bagi menerima rawatan.

Mohd Zaid berkata kanak-kanak lelaki itu tidak boleh bercakap dalam bahasa tempatan dan kekurangan parut vaksin di lengannya menunjukkan dia berkemungkinan adalah warga asing.

Mangsa juga dipercayai tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Menurutnya lagi, kanak-kanak tersebut akan dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Langat bagi mendapatkan kepastian.

Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian, ditinggalkan atau terdedah kepada kecederaan fizikal dan emosi.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kanak-kanak itu dinasihati untuk segera menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Zaiyaudi Mohd Yaakub di talian 019-5355395 atau ke balai polis berhampiran.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd