“Susah Betul Jaga Dia Ni”- Reaksi Abang ‘Frust’ Jaga Adik Buat Ramai Geli Hati
Adik perempuannya bernama Fatimah itu pula membuat muka tidak bersalah ketika abangnya meluahkan rasa stres menjaganya ketika bermain di taman permainan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Setiap budak memang akan ada ragam mereka tersendiri. Kadangkala pening juga nak dilayannya. Ada saja ‘akal’ mereka untuk membuat sesuatu di luar jangkaan.
Kepada pasangan suami isteri di luar sana yang berniat untuk memiliki cahaya mata, belajarlah untuk bersabar dari awal ya.
Anak itu rezeki dari Tuhan. Jadi, jaga dan berusahalah membentuk mereka menjadi orang yang baik serta berguna kepada masyarakat suatu hari nanti.
BACA JUGA: [Video] Gelagat Anak Kecil Turun Kereta & Tolong Ibu Bayar Tol Jadi Perhatian Ramai
Abang Stres Jaga Adik Perempuan Ketika Diajak Pulang Dari Taman Permainan
Menerusi perkongsian dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikTok (@shukri1902), video itu menunjukkan situasi di mana seorang ayah sedang memarahi anak-anaknya kerana pulang lewat selepas bermain pada waktu petang.
Dalam video itu, kelihatan dua orang kanak-kanak dipercayai abang dan adik baru sahaja pulang dari taman permainan.
Namun suasana berubah apabila si ayah menyoal anak lelakinya dan bertanya kenapa mereka balik lambat kerana mereka sepatutnya pulang sebelum jam 7:00 malam.
Situasi mula berubah apabila si abang agak stres dan menyalahkan adik perempuannya yang menjadi punca mereka balik lambat.
Lebih menghiburkan lagi, adik perempuannya itu yang bernama Fatimah membuat muka selamba seolah-olah tidak bersalah ketika abangnya sudah tertekan.
Fatimah ni haa, orang nak balik lepas tu orang nak Fatimah balik juga tapi dia tak nak. Dia asyik nak main je. Susah betul nak jaga dia ni.
Abang kepada Fatimah
Bila ayahnya bertanya kepada Fatimah kenapa dia tidak mahu pulang, katanya sebab tak puas main lagi. Alahai, sabar sahajalah.
Video itu membuatkan ramai terhibur sehingga meraih 6.7 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
Ramai Terhibur Tengok Gelagat Abang Stres Jaga Adik Perempuan
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh orang ramai selepas melihat video gelagat abang stres menjaga adik perempuannya itu.
Ada netizen yang terharu melihat bagaimana kanak-kanak lelaki tersebut bertanggungjawab menjaga adiknya walaupun agak degil sedikit.
Siap ada yang boleh faham perasan abang itu kerana pernah berada dalam situasi yang sama.
Pada masa sama, netizen juga terhibur melihat reaksi adik perempuan bernama Fatimah itu yang membuat reaksi muka tidak bersalah ketika abangnya dimarahi kerana mereka pulang lewat.
Fatimah boleh tersenyum lagi ya ketika ayah dia tanya soalan. Aduhai.
Bukan senang ya nak jaga anak perempuan. Banyak betul kerenah mereka. Tak apalah, yang penting kena banyak bersabar.
Kami yang perempuan ini pun kadangkala tak faham dengan kehendak sendiri. Harap bersabar ya para lelaki di luar sana.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.