Now Reading
Gadis Tular Dapat Hadiah Beg Tangan Mewah Dijemput Jumpa Pengasas Charles & Keith

Gadis Tular Dapat Hadiah Beg Tangan Mewah Dijemput Jumpa Pengasas Charles & Keith

Pihak Charles & Keith juga menjemput Zoe dan bapanya untuk makan tengah hari dan bertemu dengan pengasas jenama tersebut.

Pengasas Charles & Keith Bawa Gadis Tular Dapat Beg Tangan Mewah Pertama 'Tour' HQ

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebelum ini, seorang gadis menerusi video TikTok yang dimuat naik olehnya (@Zohtaco) telah tular di media sosial selepas menunjukkan beg tangan jenama Charles & Keith yang dihadiahkan oleh ayahnya.

Menurut gadis yang dikenali sebagai Zoe, beg tersebut merupakan jenama beg tangan mewah pertama yang dimiliki olehnya.

Walau bagaimanapun, keterujaannya menerima komen kurang baik daripada segelintir pengguna media sosial yang memberitahu bahawa Charles & Keith bukanlah jenama beg tangan mewah.

Dalam satu video lain yang dimuat naik, Zoe memberi respon bahawa beg tersebut adalah satu kemewahan baginya kerana kos untuk membeli beg itu agak mahal dan memerlukan bapanya untuk bekerja keras untuk menghadiahkan kepadanya.

BACA JUGA: [Video] Teruja Dapat Beg Pertama Jenama Mewah Dari Ayah, Tapi Ada Pula Yang Beri Komen Negatif

Zoe & Bapanya Terima Jemputan Makan Tengah Hari Bersama Pengasas Charles & Keith

Menurut jurucakap Charles dan Keith, Zoe dan bapanya telah dijemput oleh syarikat tersebut untuk makan tengah hari dan bertemu dengan pengasas jenama itu.

Pengasas Charles & Keith Bawa Gadis Tular Dapat Beg Tangan Mewah Pertama 'Tour' HQ
Ibu Pejabat Charles & Keith di Singapura. (Sumber: Corporate Visions)

Bukan itu sahaja, sumber Marketing Interactive memaklumkan mereka berdua juga dibawa melawat ibu pejabat Charles & Keith di Singapura.

Hati kami tersentuh selepas melihat video Zoe dan komen-komen yang diterima olehnya dan kami merasakan dia tidak sepatutnya dibuli seperti itu. Walau bagaimanapun, kami kagum melihat caranya menangani situasi tersebut dengan sangat matang.

Jurucakap Charles & Keith.

Jenama Lain Juga Beri Penghargaan Kepada Zoe

Dalam satu video lain yang dimuat naik di laman TikTok miliknya, Zoe menceritakan dia dan keluarganya juga menerima jemputan daripada kedai rangkaian ramen tempatan di Singapura iaitu Takagi Ramen yang menawarkan baucar sebanyak S$80 (RM263) kepada mereka.

@zohtaco

thank you takagi ramen for the treat! eternally grateful <33 AND HAPPY 14K FOLLOWERS :0!! WOAAAH

♬ Paris – Taylor Swift

Perkara ini turut dikongsikan oleh rangkaian ramen itu sendiri menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook mereka (Takagi Ramen).


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd