Now Reading
[Video] Tular Rakaman Kancil Jalan Terbalik Undang Pelbagai Reaksi Orang Ramai

[Video] Tular Rakaman Kancil Jalan Terbalik Undang Pelbagai Reaksi Orang Ramai

Ada yang mendakwa mungkin kereta Kancil itu mungkin mempunyai masalah teknikal dari segi gearbox.

[Video] Tular Rakaman Kancil Jalan Terbalik Undang Pelbagai Reaksi Orang Ramai

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Siapa sangka kereta pertama keluaran Perodua pada tahun 1994 iaitu Perodua Kancil ini masih berjasa kepada orang ramai sehingga ke hari ini.

Sebelum ini, seorang pemilik bengkel di Durian Tunggal, Melaka menjual sebuah Perodua Kancil dengan harga RM1 kepada seorang wanita warga emas berusia 70 tahun.

Walaupun berdepan beberapa halangan, akhirnya kereta itu diberikan kepada seorang wanita bernama Jamilah dan dia hanya meminta RM1 untuk bayaran sebagai tanda prihatin dan usaha membantu mereka yang memerlukan.

BACA JUGA: Pemilik Bengkel Di Melaka Jual Kereta Kancil Dengan Harga RM1 Kepada Warga Emas

Pemandu Bawa Kereta Kancil Secara Terbalik Di Persimpangan Jalan

Bercerita tentang kereta jenis Perodua Kancil, baru-baru ini tular sebuah video di media sosial memaparkan aksi pemandu yang membawa kereta Kancil tersebut secara ‘gostan’.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter (@AsyrafRosli_), kelihatan kereta Kancil berwarna putih itu bergerak dalam keadaan mengundur ke belakang dipercayai berlaku di Jalan Kamaruddin-Jalan Sultan Omar dekat SM (A) Khairiah, Kuala Terengganu.

Video-Tular-Rakaman-Kancil-Jalan-Terbalik-Undang-Pelbagai-Reaksi-Orang-Ramai-1
Sumber: Twitter @AsyrafRosli_

Kereta Kancil itu juga dilihat memasuki simpang kanan tetapi kenderaannya itu tiba-tiba berhenti berhadapan barisan kereta di kawasan bertentangan yang sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Tidak lama selepas itu, pemandu Kancil itu cuba membuat pusingan dan masuk semula ke jalan utama dalam keadaan masih mengundur ke belakang.

Video Kancil Dibawa Secara ‘Gostan’ Terima Pelbagai Reaksi

Video memaparkan aksi pemandu Kancil itu mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Antaranya mereka memberitahu bahawa berkemungkinan kereta Kancil itu mempunyai masalah teknikal dari segi gearbox dan menyukarkannya itu bergerak ke hadapan dengan lancar.

Segelintir individu yang pernah memandu kereta Kancil juga berkongsi pengalaman hampir sama yang pernah dialami oleh mereka ketika memandu kenderaan tersebut.

Siap ada yang kata Kancil adalah ‘king’ yang wujud terlebih dahulu sebelum wujudnya Perodua Myvi.

Namun ada juga yang kurang bersetuju dengan tindakan pemandu Kancil itu kerana menganggap aksi tersebut membahayakan nyawa dan pengguna jalan raya yang lain.

Kalau betul kereta Kancil ini mempunyai masalah teknikal, sama-sama doakan agar ia sudah dibaiki dengan elok semula dan dipermudahkan segala urusan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd