Now Reading
Piala AFF: Baling Sampah Dalam Stadium, Ramai Luah Rasa Bengang Lihat Sikap Penonton ‘Pengotor’

Piala AFF: Baling Sampah Dalam Stadium, Ramai Luah Rasa Bengang Lihat Sikap Penonton ‘Pengotor’

Segelintir gelas minuman plastik yang dibaling ketika Perlawanan Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil itu mempunyai isi sos di dalamnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semangat kesukanan dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya dalam badminton dan bola sepak memang tiada tandingannya.

Sebelum ini, peminat pasukan bola sepak Malaysia iaitu Harimau Malaya dilihat telah menyerang akaun media sosial seorang penyanyi daripada Taiwan iaitu Jay Chou dengan komen berunsur kebencian selepas berlaku perselisihan isu berkaitan tempat duduk.

Stadium tersebut yang mempunyai kapasiti sebanyak 80,000 tempat duduk tidak dapat digunakan sepenuhnya dan hanya tersedia untuk 59,000 penonton bola sepak sahaja.

STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
Sumber: Twitter @hannahyeoh

Berbaki 21,000 tempat duduk pula terpaksa ditutup bagi tujuan persiapan struktur pentas untuk konsert Jay Chou yang bakal hadir ke Malaysia pada 15 Januari ini sempena Jelajah Dunia Karnival.

BACA JUGA: Kecewa Jualan Tiket Piala AFF Suzuki Terhad, Peminat Bola Sepak Malaysia ‘Serang’ Instagram Jay Chou

Penyokong Bola Sepak Saling Berbaling Sampah Di Dalam Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ)

Meskipun tiket Perlawanan Piala AFF pada 7 Januari lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil agak terhad, tetapi masih ramai yang datang memberi sokongan mereka kepada pasukan Malaysia menentang Thailand.

Namun terdapat beberapa sikap para penyokong yang kurang menyenangkan berlaku ketika perlawanan tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik semula di laman Twitter (@CrossedKom), didakwa ramai penyokong pasukan Malaysia melontarkan gelas minuman plastik secara rambang dari tempat duduk mereka.

Lebih menggelikan lagi, segelintir gelas minuman itu mempunyai isi seperti sos.

Aktiviti tersebut dianggap tidak bermoral kerana telah menyebabkan ketidakselsesaan dan kawasan persekitaran juga menjadi kotor serta bersepah.

Orang Ramai Tak Setuju Aksi Baling Sampah Dalam Stadium

Video yang dimuat naik di ruangan ciapan itu mendapat pelbagai reaksi dan rata-ratanya menentang perbuatan membaling sampah secara rambang itu. Malah, mereka menganggap individu yang melakukan aksi tersebut adalah pengotor.

Sebagai penyokong yang bertanggungjawab, mereka sepatutnya mengutip sisa sampah sendiri dan membuangnya ke dalam tong sampah bagi memastikan kawasan stadium bersih selepas tamat permainan.

Ramai juga yang menjadikan sikap penyokong Jepun ketika Tokyo World Rugby Championship 2019 sebagai contoh yang perlu diikuti oleh semua golongan.

Sikap membaling sampah ini tidak sepatutnya ditunjukkan oleh mana-mana penyokong bola sepak kerana ia akan memburukkan nama sesebuah negara.

Penyokong Perak FC & Kelantan FC Juga Pernah Bergaduh

Terdahulu, penyokong Perak FC dan Kelantan FC didakwa bergaduh antara satu sama lain kerana tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan Kelantan. Beberapa penyokong Kelantan FC dilihat membaling botol dari tempat duduk atas.

cermin-bas-Perak-FC-pecah-1
Sumber: Facebook/ Perak the YOB

Insiden tersebut bertambah kucar-kacir selepas penyokong Perak FC meraikan kemenangan dengan cara melakukan beberapa aksi provokasi kepada penyokong Kelantan FC.

Difahamkan, beberapa penyokong Perak FC telah membuang air kecil serta membakar bendera Kelantan ketika berada di padang bola sepak.

BACA JUGA: [Video] Provokasi Punca Penyokong Kelantan & Perak FC Bergaduh Di Stadium


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd