Now Reading
[Video] Teruja Dapat Beg Pertama Jenama Mewah Dari Ayah, Tapi Ada Pula Yang Beri Komen Negatif

[Video] Teruja Dapat Beg Pertama Jenama Mewah Dari Ayah, Tapi Ada Pula Yang Beri Komen Negatif

Keterujaan pengguna Tiktok Zoe mendapat hadiah beg Charles & Keith mewah yang pertama daripada bapanya telah mendapat komen negatif daripada pengguna media sosial.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap ibu bapa pasti akan berusaha sebaik mungkin demi memastikan keluarganya dapat hidup dengan senang. Ada sesetengah ibu yang terpaksa bekerja ibarat pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Walaupun perlu bekerja keras, percayalah setiap pemberian mereka itu amat bermakna dan hargailah ia sebaik mungkin.

Gadis Teruja Terima Hadiah Beg Tangan Jenama Charles & Keith Dari Ayahnya

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok (@Zohtaco) dengan terujanya menunjukkan beg tangan jenama Charles & Keith yang dihadiahkan oleh ayahnya.

Menurut gadis yang dikenali sebagi Zoe, beg tersebut merupakan jenama beg tangan mewah pertama yang dimiliki olehnya.

Dalam beberapa video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya, Zoe dengan gembiranya menggayakan beg tersebut.

Walau bagaimanapun, keterujaannya itu menerima komen kurang baik daripada segelintir pengguna media sosial yang memberitahu bahawa Charles & Keith bukanlah jenama beg tangan mewah.

@zohtaco

BEST BELIEVE IM STILL BEJEWELED!!

♬ bejeweled – ¡!

Walaupun Zoe agak kecewa dengan komen negatif tersebut, tetapi perkara itu tidak mematahkan semangatnya.

Dalam satu video lain yang dimuat naik, Zoe memberi respon terhadap komen tersebut dengan menjelaskan bahawa keuarganya tidak mempunyai harta yang banyak ketika mereka baru sahaja berpindah ke Singapura.

Ada kalanya, mereka juga tidak mampu untuk membeli barangan seperti roti.

Zoe menegaskan bahawa beg bernilai 80$ (RM262) itu adalah satu kemewahan baginya kerana kos untuk membeli beg tersebut agak mahal dan memerlukan bapanya untuk bekerja keras bagi menghadiahkan beg itu kepadanya.

Saya sangat bersyukur kerana ayah saya mampu mendapatkan beg ini untuk saya. Dia bekerja keras untuk mendapatkan wang tersebut. Saya tak percaya saya dibenci kerana beg yang saya betul-betul teruja memilikinya.

Zoe.
https://www.tiktok.com/@zohtaco/video/7186230623084776706?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Ramai Beri Kata-kata Semangat Kepada Gadis Itu

Di ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Zoe dan ‘tag’ akaun TikTok Charles & Keith supaya mereka memberikan hadiah beg jenama tersebut kepadanya.

Mereka juga menasihati Zoe untuk tidak memperdulikan komen berunsur negatif yang ditulis oleh pengguna media sosial yang lain kerana pemberian hadiah daripada keluarga adalah sesuatu yang mewah tanpa mengira nilai harganya.

Malah ada juga yang menceritakan bahawa beg jenama Charles & Keith merupakan pembelian barangan mewah pertama mereka sebelum berpeluang membeli beg tangan seperti Dior dan Louis Vuitton.

Dalam video yang lain, Zoe mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberi sokongan dan kata-kata semangat kepadanya.

Zoe juga berpendapat bahawa hanya kerana seseorang tidak berkemampuan untuk memiliki sesuatu, itu tidak bermaksud mereka tidak layak memilikinya pada masa akan datang.

Walaupun mereka terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menyimpan duit dan mendapatkan barangan tersebut, tetapi tiada apa yang mustahil di dunia ini. Betul tak?

https://www.tiktok.com/@zohtaco/video/7186454028350409985?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd