Now Reading
Menteri Lewat Tiba Di Sidang Akhbar, Wartawan ‘Disidai’ Hampir 3 Jam

Menteri Lewat Tiba Di Sidang Akhbar, Wartawan ‘Disidai’ Hampir 3 Jam

Menteri berkenaan akhirnya muncul pada jam 5:32 pm, selepas kelewatan selama tiga jam.

menteri sampai lambat

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (5 Januari), dua orang menteri sepatutnya menghadiri satu majlis sidang media pada pukul 2.30 petang.

Bagaimanapun, menteri-menteri berkenaan dikatakan telah kelewatan selama lebih tiga (3) jam, membuatkan para wartawan terpaksa menunggu sidang akhbar yang dijadualkan itu untuk bermula.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar sepatutnya menghadiri sidang media yang diadakan di kementerian itu di Putrajaya.

Isu kelewatan tersebut juga telah mendapat perhatian ramai orang di media sosial di mana rata-rata membahaskan perkara berkenaan serta menyifatkannya sebagai tidak professional.

Saifuddin Mohon Maaf

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi Twitter miliknya (@saifnasution) pada jam 9:38 pm semalam telah dilihat membuat permohonan maaf secara terbuka di atas kelewatan sidang media pada sebelah petang.

Berhubung kelewatan sidang media ptg tadi,saya sedar keluhan rakan pengamal media. Jemputan media diuruskan pihak lain. Saya hadir mesyuarat & sidang media dgn garis masa yg dijadualkan kepada saya. Namun walau apa jua alasan,saya secara peribadi mohon maaf kepada rakan media.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi Twitter.

Menteri Harus Lebih Tepati Masa

Ramai netizen membidas menteri-menteri tersebut atas ketidaksopanan itu.

Mereka menambah bahawa menteri-menteri sebaliknya harus bekerja keras, tekun dan meningkat ke tahap tertinggi oleh kerana mereka diundi dan gaji mereka juga dibayar oleh pembayar cukai.

Media telah mengkritik para menteri dalam kerajaan yang baru dipilih selepas beberapa siri kesilapan.

Untuk rekod, pada Disember tahun lalu, Menteri Komunikasi Digital Fahmi Fadzil juga pernah dikritik kerana menjawab panggilan telefon semasa sidang media.

Insiden itu mengingatkan kembali isu yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana Ahli Parlimen Tambun itu dikatakan telah menerima panggilan telefon daripada Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan semasa sidang media pertamanya sebagai PM.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd