Kereta Lembu Dilatih Atas Jalan Raya, Rupanya Untuk Persediaan Thaipusam
Pemilik kereta lembu itu menjelaskan kepada pihak polis bahawa mereka sedang melakukan latihan perarakan sempena sambutan Thaipusam pada Februari ini.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bila berada di jalan raya, akan ada pelbagai jenis ragam manusia. Contohnya pemandu tak beri ‘signal’ sebelum menukar lorong dan juga pembuli jalanan.
Itu belum kira yang sesuka hati ‘tailgate’ bahagian belakang kereta lain untuk melepaskan diri mereka daripada membayar tol.
Memang kena banyak bersabar betul ketika berada di jalan raya. Kalau tidak, boleh ‘naik angin’ juga.
BACA JUGA: Pemandu Proton X50 Ditahan Ketika Operasi, ‘Kantoi’ Tak Bayar Tol RM57.50
Individu Bawa Kereta Lembu Di Jalan Raya Jadi Persoalan
Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial menunjukkan beberapa orang lelaki sedang menunggang kereta lembu di jalan raya yang juga digunakan oleh kenderaan lain.
Dalam video berkenaan, kelihatan dua ekor lembu sedang mengusung kenderaan kayu yang mempunyai dua buah roda di belakangnya itu bergerak di lorong paling kanan kerana kelajuannya yang agak perlahan.
Berikutan aksi yang dilakukan itu, pihak polis telah menerima laporan berhubung video tersebut yang memaparkan kelibat tiga orang lelaki menunggang kereta lembu.

Memetik laporan Sinar Harian, kereta lembu itu dilihat di Jalan Besar, Seri Kembangan pada Isnin lalu (2 Januari).
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan memaklumkan pemilik kereta lembut tersebut telah membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan semalam (5 Januari) bagi memberi penjelasan sebenar.
Menurutnya, tiga orang lelaki yang sedang menunggang kereta lembu itu sebenarnya sedang membuat latihan bagi perarakan upacara keagamaan sempena Thaipusam yang dijangka bermula pada Februari ini.
Walau bagaimanapun, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 11 (c) Akta Kesalahan Kecil 1955.
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Video Kereta Lembu Di Jalan Raya
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh orang ramai selepas melihat video kereta lembu itu. Ada yang kata latihan itu sebenarnya tidak asing lagi di negeri lain seperti Pulau Pinang.


Pada masa sama, ada juga yang sempat membuat gurauan kononnya kereta lembu paling ‘king’ kerana tidak memerlukan road tax dan juga insurans kenderaan.
Siap ada yang suruh kereta lembu ini dibawa ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Macam-macam ya!


Perarakan Pedati Sempena Sambutan Thaipusam Oleh Penganut Hindu
Bagi penganut beragama Hindu, sambutan Thaipusam yang disambut pada setiap bulan ke-10 dalam kalendar Tamil merupakan hari untuk menunaikan nazar dan menebus segala dosa yang telah dilakukan.
Antara yang dilakukan ketika sambutan ini adalah Perarakan Pedati yang akan membawa patung Tuhan mereka dan diusung menggunakan kenderaan diusung oleh beberapa ekor lembu.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.