Now Reading
Anthony Loke Sekali Lagi ‘Turun Padang’ Pantau Masalah Teknikal LRT Laluan Kelana Jaya

Anthony Loke Sekali Lagi ‘Turun Padang’ Pantau Masalah Teknikal LRT Laluan Kelana Jaya

Pemantauan di LRT laluan Kelana Jaya dan Monorel oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook buat kali kedua ketika waktu puncak dilakukan bersama seorang YouTuber iaitu 卢卡斯 Lucas.

Anthony-Loke-Pantau-LRT-Laluan-Kelana-Buat-Kali-Kedua

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak diberi tanggungjawab menggalas jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dilihat berusaha untuk memperbaiki pengangkutan awam di Malaysia dengan cara ‘turun padang’ bersama rakyat.

Pada 5 Disember lalu, Anthony buat pertama kalinya telah ‘turun’ sendiri menaiki perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya ketika waktu puncak jam 5:00 petang sehingga 7:00 malam.

Tindakan Anthony itu tidak dimaklumkan kepada mana-mana pihak pengurusan Prasarana dan media lain kerana mahu merasai pengalaman para penumpang yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Anthony-Loke-Spot-Check-LRT-Waktu-Kemuncak-Siap-Menyamar-Pakai-Topi-Face-Mask-3
Sumber: Facebook/Anthony Loke Siew Fook

Bukan itu sahaja, beliau turut meninjau perkhidmatan lain di beberapa stesen seperti eskalator, lif, lorong-lorong.

BACA JUGA: Anthony Loke ‘Spot Check’ LRT Waktu Puncak, Siap Menyamar Pakai Topi & Face Mask

Anthony Loke Pantau LRT Laluan Kelana Buat Kali Kedua

Anthony-Loke-Pantau-LRT-Laluan-Kelana-Buat-Kali-Kedua
Sumber: Facebook/Anthony Loke Siew Fook

Semalam (5 Januari), Anthony sekali lagi dilihat menaiki LRT laluan Kelana Jaya serta Monorel pada waktu puncak bersama seorang YouTuber iaitu 卢卡斯 Lucas.

Ketika sesi pemantauan itu, berlakunya gangguan perkhidmatan LRT kerana masalah teknikal dan menyebabkan tren bergerak lebih perlahan berbanding kebiasaan. Hal ini telah menyebabkan penumpang terpaksa menunggu lebih lama.

Anthony-Loke-Pantau-LRT-Laluan-Kelana-Buat-Kali-Kedua
Sumber: Facebook/Anthony Loke Siew Fook

Beliau juga memaklumkan pihak kementerian dan Prasarana akan terus berusaha sedaya upaya bagi mengatasi masalah teknikal yang dihadapi bagi menstabilkan pekhidmatan pengangkutan awam di Malaysia.

Pihak pengurusan teknikal Rapid Rail berusaha sedaya upaya untuk memulihkan perkhidmatan secepat mungkin. Segala kesulitan yang dihadapi oleh penumpang amat dikesali.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Anthony-Loke-Pantau-LRT-Laluan-Kelana-Buat-Kali-Kedua
Sumber: Facebook/Anthony Loke Siew Fook

Dalam pada itu, Anthony turut mengucapkan terima kasih kepada polis bantuan serta kakitangan yang datang membantu penumpang di platform.

Anthony Loke Juga Pernah ‘Turun Padang’ Naik KTM

Sebelum ini, beliau pernah menyamar sebagai rakyat biasa dan menggunakan perkhidmatan tren Komuter KTM dari stesen KL Sentral ke stesen Bandar Tasik Selatan bersama dua orang pembantunya.

Anthony-Loke-Sekali-Lagi-Menyamar-Kini-Naik-KTM-Ke-TBS-Pula-2
Sumber: Facebook/Anthony Loke Siew Fook

Setibanya di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), beliau juga melihat keadaan sekitar terminal itu kerana mendapat banyak laporan daripada rakyat tentang masalah mencetak Pas Masuk Bas di TBS.

BACA JUGA: Anthony Loke Sekali Lagi Menyamar, Kini Naik KTM Ke TBS Pula

Anthony-Loke-Sekali-Lagi-Menyamar-Kini-Naik-KTM-Ke-TBS-Pula-1
Sumber: Facebook/Anthony Loke Siew Fook

Banyak Eskalator Di LRT & Monorel Juga Telah Siap Dibaiki

Hasil pemantauan yang kerap kali dilakukan oleh Anthony Loke dilihat memberikan kesan positif apabila banyak eskalator di pengangkutan awam seperti LRT dan Monorel telah dibaiki untuk kegunaan orang ramai.

Antaranya eskalator di Stesen LRT KLCC yang siap dibaiki selepas hampir dua tahun rosak sejak 2020 ketika negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah, eskalator di stesen Monorel Bukit Bintang juga telah siap dibaiki.

ESKALATOR-LRT-KLCC
Sumber: Reddit/S.I.R We Read Stuff Here

BACA JUGA: “Berdiri Je Jangan Turun Macam Tangga” – Wanita Ini Kongsi Cara Guna Eskalator Dengan Betul

BACA JUGA: Fast Escalator Repairs At LRT, Monorail Stations Surprise Commuters


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd