Now Reading
Kenapa Segelintir Bangsa Cina Ada 2 Jenis Nama Berbeza?

Kenapa Segelintir Bangsa Cina Ada 2 Jenis Nama Berbeza?

Gadis ini juga menjelaskan bahawa nama lelaki dan perempuan bagi kaum Cina boleh digunakan untuk kedua-dua jenis jantina.

Kenapa Segelintir Bangsa Cina Ada 2 Jenis Nama Berbeza?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Malaysia dikenali sebagai negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama seperti bangsa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan banyak lagi.

Kepelbagaian ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mempelajari dengan lebih tentang budaya kaum lain.

Sebagai contoh, kaum Cina mempunyai tradisi di mana semakin tinggi umur seseorang yang sudah meninggal dunia, maka semakin banyak hari upacara pengebumian diadakan.

BACA JUGA: Ini Sebab Kenapa Pengebumian Kaum Cina Ambil Masa Lebih Sehari

Penjelasan Tentang 2 Nama Berbeza Yang Wujud Dalam Kalangan Bangsa Cina

Kalau anda perasan, sesetengah kaum Cina mempunyai dua nama berbeza. Satu nama sebenar yang tertera di dalam MyKad dan satu lagi nama dalam bahasa Inggeris. Kenapa ya?

Disebabkan persoalan ini mula timbul dalam kalangan masyarakat, seorang pengguna TikTok (@lowsokying) tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi video yang dimuat naik olehnya.

Gadis yang dikenali sebagai Low Sok Ying itu menceritakan pengalamannya apabila namanya sukar diingati dan dipanggil. Malah, namanya juga sering kali disalah eja.

Disebabkan itu, sesetengah individu berbangsa Cina memilih untuk mempunyai nama dalam bahasa Inggeris bagi memudahkan diri mereka dipanggil dan lebih mudah untuk diingati.

Untuk pengetahuan anda, ada juga kaum Cina yang beragama Kristian memiliki nama Inggeris sebagai nama sebenar mereka.

Video penjelasan tentang persoalan itu mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 1.1 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

@lowsokying

Replying to @ladyroyal99 Saya dan Puiyi saja yang tak ada nama English.

♬ original sound – Low Sok Ying – Low Sok Ying

Dalam video lain, gadis ini menjelaskan bahawa nama lelaki dan perempuan bagi kaum Cina boleh digunakan untuk kedua-dua jenis jantina.

Menurutnya, seseorang itu boleh mengetahui sama ada nama tersebut adalah nama lelaki itu perempuan sekiranya fasih berbahasa Mandarin.

Nama seseorang bergantung kepada pilihan ibu bapa mereka. Sebab masa kita lahir di hospital, bukannya kita boleh duduk berbincang dengan ibu bapa nak nama apa yang kita suka.

Low Sok Ying.
https://www.tiktok.com/@lowsokying/video/7183945655595945242?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Persoalan Orang Ramai Kini Terjawab. Tapi Sempat Pula Ya Buat Kelakar!

Di ruangan komen video itu, ramai yang sudah mula faham kenapa segelintir bangsa Cina ada dua jenis nama yang berlainan. Akhirnya terjawab juga ya persoalan selama ini.

Dalam pada itu, ada pula sesetengah pengguna media sosial yang sempat membuat gurauan di ruangan komen. Terhibur pula kami baca komen mereka ini.

Budaya Kaum Cina Yang Anda Boleh Pelajari

Bila hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, banyak benda yang kita boleh belajar antara satu sama lain.

Kalau anda nak tahu, ramai di antara kita yang salah faham tentang pakaian tradisional bangsa Cina.

Mesti ramai yang ingat pakaian tradisional mereka hanyalah Cheongsam dan Samfu. Sebenarnya ada banyak lagi ya!

BACA JUGA: Ini Sejarah Pakaian Tradisional Kaum Cina Yang Ramai Salah Faham

Sumber: Twitter @jiuner

Malah, mereka juga mempunyai pantang larang dalam memberikan hadiah kepada pasangan pengantin. Contohnya tidak boleh memberi kasut, payung, cermin dan sebagainya.

BACA JUGA: Kawan Bangsa Cina Jemput Pergi Wedding? Jom Kami Bantu Pilih Hadiah Sesuai


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd