Now Reading
“Keluarga Periuk Nasi” – Gelagat Nenek Simpan Koleksi Ikut Saiz Buat Ramai Terhibur

“Keluarga Periuk Nasi” – Gelagat Nenek Simpan Koleksi Ikut Saiz Buat Ramai Terhibur

Dari saiz periuk nasi yang paling kecil sehinggalah yang besar dan moden seperti periuk jenama Noxxa, semuanya ada.

nenek simpan keluarga periuk nasi

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Perasan tak mak atau nenek kita mesti akan ada satu tabiat suka menyimpan barang, terutamanya bekas makanan jenama Tupperware. Kalau hilang, memang siap sedialah kena tadah telinga mendengar bebelan mereka.

Itu tidak termasuk lagi perkakasan masak seperti periuk, kuali, pinggan, mangkuk, cawan dan sebagainya.

Sesetengah wanita gemar membeli perkakasan pinggan mangkuk yang cantik dan disimpan dalam almari kayu berpintu kaca.

Cucu Tunjuk Koleksi ‘Keluarga Periuk Nasi’ Yang Disimpan Oleh Nenek

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@yayalongjack), wanita ini dengan terujanya menunjukkan koleksi periuk nasi yang dimiliki oleh neneknya.

Bukan satu atau dua ya, hampir kesemua saiz ada. Dari yang paling kecil sehinggalah yang besar dan moden seperti periuk jenama Noxxa, semuanya ada.

nenek-simpan-keluarga-periuk-nasi-1
Sumber: TikTok @yayalongjack

Disusun pula periuk itu mengikut saiz, nampak macam satu keluarga. Siap boleh gelarkan setiap periuk dengan gelaran mak, ayah, anak sulung dan anak bongsu. Comel betul!

Ini kalau nak buat kenduri satu keluarga, memang tak gelabah nak mencari periuk untuk masak nasi dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.

Video ini telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 193,700 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@yayalongjack/video/7184639686978145562?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed

Ramai Teruja Tengok ‘Keluarga’ Periuk Nasi

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang teruja melihat kepelbagaian jenis dan saiz periuk nasi yang menjadi koleksi nenek kepada pemilik video tersebut.

Rupanya bukan neneknya seorang sahaja suka mengumpul periuk, ada juga pengguna media sosial yang lain mempunyai hobi yang sama.

Lebih menghiburkan lagi, ada pula yang meggelarkan periuk jenama Noxxa itu sebagai mak tiri kerana lebih moden berbanding periuk yang lain.

Malah, seorang pengguna media sosial juga beranggapan koleksi periuk nasi yang banyak ini mungkin akan membuatkan seorang tukang komen dari Malaysia dikenali sebagai Uncle Roger agak terkejut.

Senang juga ada banyak koleksi periuk nasi macam ini. Buatnya tiba-tiba ada ahli keluarga nak datang singgah rumah, tak perlu risau kalau nasi tak cukup.

Kita pun senang nak masak nasi dengan kuantiti yang bersesuaian dengan saiz periuk. Buatnya yang nak makan itu seorang sahaja, tetapi cuma ada periuk saiz besar, nanti membazir pula kan?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd