Gadis Syukur Telefon Hilang 13 Bulan Lalu Dalam LRT Sudah Ditemui Semula
Gadis itu sudah membuat laporan kepada pihak RapidKL pada Disember 2021 tentang kesnya yang tertinggal telefon di dalam gerabak LRT.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Telefon bimbit merupakan suatu gajet yang dimiliki oleh hampir semua golongan pada zaman kini. Kanak-kanak yang belum sekolah pun sudah tahu cara menggunakannya.
Boleh dikatakan pergi mana-mana, mesti kena bawa telefon. Kalau tidak rasa macam ada sesuatu yang tidak lengkap.
Cuba bayangkan kalau kita kehilangan telefon di suatu lokasi yang tidak diketahui, mesti kita akan terus gelabah dan tidak tenang kan?

Gadis Terjumpa Telefonnya Semula Lepas 13 Bulan Tercicir Akibat Tertinggal Dalam LRT
Siapa yang pernah kehilangan telefon bimbit di tempat awam mesti faham perasaan orang yang mengalami perkara ini. Rasa macam ‘kosong’.
Perkara ini turut dialami oleh seorang pengguna Twitter (@sharifahyasmin) apabila dia menceritakan kisahnya yang pernah tertinggal telefon bimbit di dalam gerabak LRT pada 13 bulan lalu.
Gadis dikenali sebagai Sharifah Yasmin itu menjelaskan dia sudah membuat laporan tentang kehilangan telefon bimbitnya itu pada Disember 2021 tetapi tidak mendapat sebarang khabar berita daripada pihak berkuasa.
Disebabkan itu, dia hanya beranggapan telefon bimbitnya memang sudah hilang buat selamanya.
Namun rezeki berpihak kepada gadis ini apabila pihak RapidKL telah menghubunginya beberapa hari lalu dan memaklumkan telefon bimbitnya yang sudah hilang sudah ditemui semula.
Keajaiban ini membuatkan gadis ini tertanya-tanya sama ada ia kerana ‘Anthony Loke Effect’.
Y’all… 13 months ago I accidentally left my iphone on the LRT. Reported it but never heard back, so I assumed that I lost it forever. But! A few days ago RapidKL called saying they recovered it. I finally got it back today. Is this the @anthonyloke effect??
— Sharifah Yasmin (@sharifahyasmiin) January 2, 2023
Pegawai Keselamatan Terjumpa iPhone Milik Gadis Tersebut
Siapa sangka selepas 13 bulan, seorang individu bernama Aiman menghubunginya dan memaklumkan dia terjumpa telefon bimbit milik gadis berkenaan.
Lelaki itu juga menjelaskan semula bahawa dia bukanlah staf RapidKL seperti yang disangka oleh gadis tersebut sebelum ini.
Aiman yang merupakan pegawai penyelia keselamatan memberitahu telefon tersebut dijumpai oleh salah seorang pekerjanya.
Difahamkan, pegawai keselamatan di sebuah kondominium yang menjumpai telefon itu risau jika dia dituduh menecuri peranti itu.
Jadi, dia membuat keputusan untuk menyerahkannya kepada Aiman supaya dapat dipulangkan semula kepada tuannya.
Lelaki itu dikatakan menjumpai nombor telefon adik kepada gadis itu dan cuba untuk menghubungi selepas membuat carian di ’emergency contact’ di dalam telefon berkenaan.
Salam😅 actually security saya yang jumpa your iPhone. Saya supervisor officer dia. Saya yang contact you jumaat lepas. Dan saya bukan staff RapidKL😅 pic.twitter.com/7yeRLbESvT
— Aiman tajuddin (@aimanelfath) January 2, 2023
Ramai Puji Sifat Jujur & Amanah Kepada Individu Yang Menjumpai Telefon Tersebut
Ciapan yang dimuat naik oleh gadis itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata pengguna media sosial juga terkejut membaca kisahnya yang dianggap seperti suatu keajaiban.
Kalau penulis sendiri berada dalam situasi gadis ini, memang pasrah dah lepas 13 bulan tak ada apa-apa maklumat baharu tentang telefon yang hilang itu.


Apa Perlu Buat Sekiranya Anda Tertinggal Barang Di Dalam Gerabak LRT?
Percayalah tiada siapa yang mahu barangan mereka ditinggalkan di tempat orang ramai terutamanya barangan berharga seperti telefon, dompet dan sebagainya.
Jadi apa perlu buat kalau anda tertinggal barangan peribadi di dalam gerabak LRT? Jangan risau, ada penyelesaiannya! Cara-caranya adalah:
- Ambil maklum nombor gerabak LRT yang ada naiki. Nombor tersebut boleh dilihat di dinding gerabak berhampiran tempat duduk.
- Hubungi Khidmat Pelanggan RapidKL di 03-78852585 dan maklumkan tentang kes anda.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.