Now Reading
[Video] Bumbung Pam Minyak Shell Hampir Roboh Dirempuh Lori Besar

[Video] Bumbung Pam Minyak Shell Hampir Roboh Dirempuh Lori Besar

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah stesen minyak di Shell Rest & Service Linkedua di Gelang Patah, Johor Bahru.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kemalangan adalah sesuatu yang tidak boleh dijangka terutamanya ketika di jalan raya. Boleh dikatakan puncanya sama ada kecuaian pemandu itu sendiri atau persekitaran yang tidak selamat.

Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan keadaan sebuah stesen minyak yang agak teruk selepas ia dikatakan dirempuh oleh sebuah lori muatan berat.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh individu yang merakam video tersebut, lokasi kejadian adalah di stesen minyak Shell Rest & Service (RNS) Linkedua di Gelang Patah, Johor Bahru.

Kalau anda lihat dalam video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter (@jnmalaysia) itu, bumbung stesen minyak kelihatan sudah bergoyang dan berkemungkinan akan terjatuh akibat kerosakan strukturnya selepas dilanggar.

Setakat artikel ini ditulis, masih tiada maklumat lanjut lagi tentang kemalangan ini.

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Leas Lihat Struktur Bumbung Bergoyang

Video yang dimuat naik itu mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya terkejut melihat keadaan bumbung stesen minyak itu yang tidak stabil dan hampir roboh.

Sudah pastinya ia boleh mendatangkan bahaya sekiranya ada individu di kawasan berdekatan.

Dalam pada itu, ada juga pengguna media sosial yang beranggapan bumbung bergoyang itu sama seperti di funfair.

Bukan itu sahaja, segelintir daripada mereka juga sempat bergurau kononnya bumbung itu dilihat sama seperti kenderaan makhluk asing UFO.

Sebelum ini, sebuah kenderaan dilaporkan pernah merempuh pam di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) sekitar jam 12.13 pagi pada 17 September lalu,

Kemalangan itu bukan sahaja mengakibatkan kerosakkan teruk pada kenderaan tersebut, malah menyebabkan tumpahan minyak di stesen minyak berkenaan.

Insiden yang berlaku di stesen minyak sangat membahayakan kerana risau dengan risikonya yang mudah terbakar.

BACA JUGA: [Foto] Kereta Rempuh Pam Petrol Di Petronas LDP, Pemandu ‘Lesap’ Dari Lokasi

BACA JUGA: 2 Lelaki Maut Termasuk Staf KKM Lepas Dirempuh Lori Ketika Tukar Tayar Tepi Jalan

BACA JUGA: [Tips] Kod Isyarat Lampu Lori Yang Perlu Anda Tahu. Penting Ya!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd