Now Reading
[Video] Atlet MMA Diminta Keluar Kapal Terbang Sebelum Berlepas Kerana Tunjuk Gangster

[Video] Atlet MMA Diminta Keluar Kapal Terbang Sebelum Berlepas Kerana Tunjuk Gangster

Kekecohan melibatkan penumpang dipercayai atlet peninju MMA itu mula berlaku selepas dia menumbuk ruangan bagasi kerana bengang ‘headphone’ miliknya hilang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tak kisahlah di negara mana sekalipun, setiap lapangan terbang pasti akan ada pelbagai jenis ragam dan kerenah manusia.

Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial apabila seorang wanita telah bertindak untuk menghentak suatu objek ke arah kaunter di lapangan terbang sambil menjerit.

Keadaan pada ketika itu menjadi lebih parah apabila pekerja yang berada di kaunter tersebut mengalami pendarahan.

BACA JUGA: Video Pertelingkahan Antara Staf Di KLIA & Pelanggan Tular Di Media Sosial [Video]

Dua Orang Penumpang Diarah Turun Dari Kapal Terbang Kerana Buat Kecoh

Terbaharu, seorang pengguna TikTok (_@aizatrhman) memuat naik dua video memaparkan kekecohan yang berlaku di dalam sebuah kapal terbang yang ingin melakukan penerbangan pada jam 7:30 pagi dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Phuket, Thailand.

Kejadian pada 26 Disember 2022 itu mula berlaku selepas salah seorang daripada dua orang penumpang dikatakan menumbuk tempat meletakkan bagasi di dalam kapal terbang selepas menyedari ‘headphone’ miliknya telah hilang.

Kekecohan tersebut menyebabkan ketua juruterbang mengarahkan dua orang penumpang itu untuk keluar dari pesawat.

Namun, arahan yang dikeluarkan kepada kedua-dua orang penumpang lelaki itu tidak dapat diterima dengan baik selepas mereka dilihat bertekak pula dengan pihak keselamatan dengan kata-kata kesat.

Situasi tegang itu berlarutan sehingga satu jam setengah dan menyebabkan jadual penerbangan mereka juga menjadi lewat.

Malah, salah seorang pramugara yang bertugas bagi penerbangan itu juga dilihat cuba untuk menenangkan penumpang tersebut dalam keadaan yang terkawal.

Di akhir video, salah seorang penumpang lelaki berbaju merah itu akhirnya dilihat mengambil beg miliknya di ruangan bagasi dan keluar dari pesawat.

Difahamkan, kedua-dua orang penumpang itu adalah atlet peninju Mixed Martial Art (MMA) yang ingin ke Phuket, Thailand untuk sesi latihan tinju mereka.

Orang Ramai Setuju Pihak Keselamatan Perlu Lebih Bertegas Dengan Penumpang

Di ruangan komen, terdapat segelintir individu yang memberikan pendapat bahawa pihak keselamatan syarikat penerbangan itu perlu lebih bertegas dengan penumpang yang sengaja membuat gangguan.

Pada masa sama, ada juga yang memuji cara kru kabin bertugas cuba untuk menenangkan penumpang tersebut.

Dalam pada itu, mereka juga beranggapan unsur ugutan bunuh yang didakwa keluar dari mulut penumpang berbaju merah itu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya kerana bimbang boleh menimbulkan kerisauan.

Diharapkan insiden ini memberi pengajaran kepada kita semua untuk pandai mengawal diri ketika sedang marah.

Kalau tersilap langkah waktu tengah marah, risau ia boleh mendatang kecederaan kepada mereka yang tidak sepatutnya.


Perkara Yang Penumpang Kapal Terbang Tak Boleh Buat Ketika Pesawat Ingin Berlepas & Mendarat

Setiap penerbangan yang ingin berlepas atau mendarat mempunyai beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap penumpang.

Kalau tidak, ia boleh mengganggu proses penerbangan daripada berlaku dengan lancar.

Antara perkara yang perlu dipatuhi oleh setiap penumpang sebelum berlepas dan juga mendarat adalah:

  • Tidak menggunakan telefon atau barangan elektrik. Penggunaan telefon bimbit sebelum kapal terbang berlepas dan mendarat akan memberi gangguan tarikan elektromagnet kepada sistem pesawat.
  • Tidak boleh merokok.
  • Tidak membawa barangan terlarang seperti bom, pisau dan pistol.
  • Tidak membawa powerbank berkapasiti besar.
  • Tidak membuka pintu kecemasan.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd