Now Reading
Berhak Tuntut Pampasan Jika Penerbangan Ditunda Atau Dibatal – KPDNHEP

Berhak Tuntut Pampasan Jika Penerbangan Ditunda Atau Dibatal – KPDNHEP

Perlu diingatkan bahawa pengecualian pampasan hanya berlaku untuk keadaan yang tidak dapat dijangka oleh syarikat penerbangan yang mana ia melibatkan risiko keselamatan ataupun cuaca ekstrem.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak kebelakangan ini, kes penerbangan ditunda selama berjam-jam lamanya telah menjadi topik hangat di media sosial. Malah, ada juga kes yang dilaporkan di mana penumpang terkandas di lapangan terbang setelah syarikat penerbangan menunda penerbangan beberapa kali.

Ya, bukan sekali, tetapi dua atau tiga kali.

Kasihan sungguh. Tak pasal-pasal ‘berkampung’ di lapangan terbang.

BACA JUGA: Air Asia To Respond On Flight Delay Fiasco Within 24 Hours, Says KPDNHEP Minister


KPDHEP Umum Penumpang Berhak Tuntut Pampasan Jika Penerbangan Ditunda/Dibatalkan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) menerusi satu kenyataan mengumumkan bahawa penumpang berhak untuk menuntut pampasan sekiranya penerbangan ditunda atau dibatalkan.

Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada punca penundaan atau pembatalan di mana penumpang boleh menuntut pampasan seperti berikut:

  • Penerbangan ditunda selama 2 jam atau lebih.
    • Anda boleh menuntut makanan, panggilan telefon, dan akses internet.
  • Penerbangan ditunda selama 5 jam atau lebih.
    • Anda boleh menuntut penginapan hotel dan pengangkutan.
  • Penerbangan dibatalkan.
    • Anda boleh menuntut pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif.

Nota: Perlu diingatkan bahawa pengecualian pampasan hanya berlaku untuk keadaan yang tidak dapat dijangka oleh syarikat penerbangan yang mana ia melibatkan risiko keselamatan ataupun cuaca ekstrem.

Pengguna disarankan untuk membuat aduan kepada syarikat penerbangan yang berkenaan bagi sebarang tuntutan pampasan atau layari www.macvom.my untuk maklumat lanjut.


Malaysia Catat Jumlah Trafik Penumpang Udara Tertinggi Pasca Pandemik – MACVOM

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) pada 19 Disember 2022 telah menerbitkan edisi ke-12 Laporan Industri Waypoint yang memperincikan prestasi sektor penerbangan Malaysia pada suku ketiga 2022 (3S22) serta trend kesalinghubungan udara.

Laporan Waypoint turut memberi pandangan Suruhanjaya berkenaan prospek industri penerbangan bagi tahun 2023. Dalam edisi Disember Laporan Waypoint, MAVCOM melaporkan bahawa jumlah trafik penumpang memuncak ke 15.6 juta pada 3S22, mencapai jumlah tertinggi sejak permulaan penularan wabak pandemik COVID-19.

Kesan asas yang rendah (low base effect) serta pembukaan sempadan antarabangsa Malaysia secara sepenuhnya pada bulan April 2022 merupakan faktor-faktor penyumbang kepada peningkatan trafik penumpang sebanyak 1,434.3% tahun-ke-tahun (YoY).

Trafik penumpang domestik mencecah 71.3%, manakala, trafik penumpang antarabangsa mencecah 38.6% tahap trafik penumpang pra-pandemik. Ini mewakili pemulihan keseluruhan sebanyak 55.9% berbanding suku yang sama pada tahun 2019 (3S19).

Peningkatan ini menjadikan jumlah trafik penumpang pada 10 bulan pertama tahun 2022 mencapai 42.2 juta, mengatasi jumlah trafik kumulatif penumpang pada tahun 2020 dan 2021.

Laporan Waypoint diterbitkan sebanyak dua kali setahun dan maklumat lanjut boleh didapati DI LINK INI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd