Now Reading
Wang Pusaka RM22,300 ‘Lesap’, Pelajar Tingkatan 6 Sertai Pelaburan Tidak Wujud

Wang Pusaka RM22,300 ‘Lesap’, Pelajar Tingkatan 6 Sertai Pelaburan Tidak Wujud

Mangsa dijanjikan pulangan lumayan dalam tempoh tiga jam dan memindahkan wang RM1,000 ke akaun suspek sebelum diberi ID dan kata laluan untuk laman sesawang skim pelaburan itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Jenayah scam di seluruh dunia bukanlah perkara asing lagi. Ianya wujud di mana-mana sahaja. Sebab itulah kita semua disarankan untuk tidak bertindak secara melulu dan senantiasa berwaspada.

Kalau ada ayat-ayat manis yang ‘ditabur’ oleh sesetengah pihak, mohon janganlah mudah terpedaya. Lebih-lebih lagi apabila ianya berkait rapat dengan duit, pekerjaan, akaun bank, dan lain-lain.

Kalau tidak berwaspada, ‘hangus’ duit dalam bank nanti!

BACA JUGA: “LHDN Call, Ada Tunggakan Cukai RM98K” – Individu Di Kelantan Ditipu Macau Scam

BACA JUGA: Terpaksa Melacur & Makan Daging Khinzir, Mangsa Sindiket Penipuan Kerja Dedah Realiti Sebenar


Pelajar Tingkatan Enam Hilang Wang Pusaka Angkara ‘Scammer’

Baru-baru ini, muncul pula satu kes melibatkan seorang pelajar Tingkatan Enam yang dilaporkan telah kerugian sejumlah RM22,300 selepas terpedaya dengan pelaburan yang tidak wujud.

‘Pelaburan’ itu disertai olehnya menerusi aplikasi Telegram.

Menurut laporan, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pelajar perempuan berusia 19 tahun itu mengetahui mengenai pelaburan tersebut selepas melihat iklan di Facebook pada 14 Disember lalu.

Jelasnya, mangsa dijanjikan pulangan lumayan dalam tempoh tiga jam dan memindahkan wang RM1,000 ke akaun suspek sebelum diberi ID dan kata laluan untuk laman sesawang skim pelaburan itu.

Dalam akaun terbabit, mangsa mendapati dia bakal meraih pulangan RM16,000 tetapi suspek mengarahkannya membuat sejumlah bayaran sebelum dapat mengeluarkan wang berkenaan. Mangsa membayar sehingga RM22,300 dan siasatan mendapati sumber wang (yang dibayar) adalah daripada wang simpanannya yang juga wang pusaka arwah ibu.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf menerusi Harian Metro.

Sehingga kini, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan beliau menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.

Pendek kata, jika ianya ‘Too good to be true” – janganlah mudah terjerat.

Jika ragu, buat semakan atau mendapatkan maklumat daripada agensi berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf menerusi Harian Metro.

Fahmi Fadzil Beri Contoh Scam Grup Aplikasi Telegram

Membalas tentang kes scam berkenaan, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil tampil memberikan salah satu contoh scam grup aplikasi Telegram yang pernah wujud.

Dia memberikan sekeping gambar tangkap layar grup Telegram yang diberi nama ‘Technical Trader Arif Fhanafiah’ di mana grup berkenaan dilihat memiliki 982 ahli.

“Tolong hati2, kalau dimasukkan terus keluar dan lapor kepada PDRM,” tegas Fahmi.

BACA JUGA: Ini 6 Cara Untuk Elak Maklumat Digodam Ketika Guna Internet

BACA JUGA: Duit Dalam Bank Kena Curi Dengan Scammer? Ini Cara Untuk Dapatkan Semula


Panduan & Langkah Untuk Elak Jadi Mangsa Scam

  • Sekiranya ada menerima e-mel dari pihak yang mengaku sebagai pihak bank/ polis/ LHDN/ mahkamah, pertama sekali semak alamat e-mel tersebut. Jika kelihatan pelik dan tidak berakhir dengan .gov.my atau .com.my (beserta nama bank atau syarikat), sebaik-baiknya e-mel itu dipadamkan sahaja.
  • Kedua, sekiranya e-mel tersebut meminta anda mengesahkan nama pengguna (“username”) serta kata laluan (“password”). Sila abaikan atau padamkan e-mel tersebut dengan serta-merta kerana pihak bank atau pihak berwajib tidak akan sekali-kali meminta anda mengesahkan atau memberikan kata laluan kepada akaun peribadi. 
  • Perlu juga diingatkan bahawa pihak berwajib seperti pihak polis/ LHDN/ mahkamah tidak akan menghubungi anda melalui telefon peribadi atau e-mel melainkan anda telah diberitahu terlebih dahulu melalui writ saman atau surat menyurat berkenaan kes anda. Adalah lebih baik jika kita menamatkan panggilan tersebut dan sekiranya ada perasaan risau anda boleh menghubungi pihak polis atau mahkamah untuk mengesahkan nombor kes.
  • Terdapat juga e-mel/ chat yang menghubungi insan-insan yang kesunyian untuk mendampingi mereka, beserta gambar serta profil menarik (‘love scam’). Dalam situasi seperti ini, hadirkan sedikit perasaan skeptikal dalam diri dan selidiklah lebih lanjut tentang latarbelakang serta carilah maklumat sokongan dari “connections” di sekeliling watak tersebut.
  • Sekiranya menerima bungkusan atau parcel yang belum dibayar (C.O.D.), anda boleh memberitahu penghantar untuk menunggu hingga anda mengesahkan maklumat dengan penerima sebenar; atau sekiranya anda digesa untuk mengambil barang tersebut, anda boleh menyuruh mereka pergi dahulu dan datang kembali ketika penerima tersebut berada di lokasi. Walaupun mereka memaksa anda menerima pekej tersebut, anda boleh menegaskan bahawa anda bukanlah penerima pekej tersebut. Namun begitu, jika nama di pekej itu nama anda sendiri anda berhak menolak penerimaan tersebut jika produk tersebut tidak dipesan oleh anda.
  • Ada kalanya kita menerima panggilan berita baik seperi cabutan bertuah. Dalam keadaan ini, selidik lebih lanjut tentang masa dan ketika anda menyertai cabutan atau pertandingan tersebut. Siasat dan bertanyalah sebanyak mungkin tentang butiran yang berkenaan. Penipu biasanya akan mengikut skrip yang disediakan dan tidak mempunyai maklumat terperinci.
  • Terbaharu terdapat pemanggil yang mengaku sebagai wakil Tabung Haji untuk menyampaikan berita baik tentang rayuan permohonan haji yang berjaya. Anda disarankan melihat paparan skrin jika nombor peribadi yang digunakan adalah benar atau tamatkan panggilan serta merta atau sampaikan kepada pemanggil bahawa anda akan mengesahkan maklumat ini dengan cawangan Tabung Haji terdekat.
  • Kadangkala kita menerima mesej/chat dari rakan yang terkandas di lapangan terbang atau negara asing dan memerlukan wang segera. Sekiranya rakan ini rakan rapat anda, segera hubunginya dan bertanya khabar tentang permintaan wang ini. Jika rakan ini rakan jauh yang tidak pernah atau jarang-jarang sekali menghubungi anda, anda boleh bertanya di dalam group chat atau abaikan mesej tersebut.
  • Simpan maklumat tentang transaksi perbankan dalam fail yang selamat. Jika anda menerima panggilan yang meminta ada mengesahkan nombor kad pengenalan atau alamat adalah disarankan supaya pemanggil meminta perincian terlebih dahulu (jika anda telah memohon pinjaman atau kad kredit terdahulu dari panggilan ini). Jika tidak berkaitan dengan apa-apa permohonan, panggilan tersebut hendaklah ditamatkan serta merta.
  • Ada ketikanya kita menerima tawaran pelaburan yang memberi pulangan menarik. Anda dinasihatkan untuk menyiasat lebih lanjut tentang syarikat tersebut sebelum melabur. Contohnya, senarai syarikat pelaburan berdaftar di Malaysia boleh didapati dari laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti: www.sc.com.my/regulation/ licensing/licensed-and-registered-persons.
  • Anda juga boleh merujuk kepada badan pengawalseliaan yang lain seperti Bank Negara dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengesahkan status syarikat yang menerima deposit.
  • Walaupun anda digula-gulakan dengan hadiah atau barangan yang menarik, abaikan mesej yang meminta anda mengimbas kod QR, atau menekan link, atau memuat turun aplikasi. Kadangkala link yang ditekan tersebut merupakan fail APK yang boleh membaca kandungan SMS anda. Elakkan dari memuat turun aplikasi yang dihantar kepada anda melalui chat, sms atau e-mel. Sebaiknya muat turun aplikasi melalui cara yang selamat dari Play Store or App Store.
  • Jauhi diri dari laman web yang meragukan, dan gunakan ‘pop up blocker’.
  • Pilih ‘Don’t Allow’ sekiranya ada aplikasi yang meminta kebenaran untuk membaca dan menghantar sms dari nombor anda.
  • Berjaga-jaga apabila peranti anda memberi amaran tentang ‘malicious apps’, anda tidak perlu memberi perhatian atau 

Kesimpulannya, setiap individu perlu melaksanakan usaha wajar (‘due diligence’) apabila menerima e-mel atau panggilan yang mencurigakan.

Semoga kita semua sentiasa dilindungi daripada menjadi mangsa scam. 


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd