Now Reading
[Video] Buat Live TikTok Sambil ‘Spotcheck’ Asrama, Ramai Pula Bagi Cikgu ‘Tips’ Cari Port Sembunyi Barang

[Video] Buat Live TikTok Sambil ‘Spotcheck’ Asrama, Ramai Pula Bagi Cikgu ‘Tips’ Cari Port Sembunyi Barang

Antara tempat tersembunyi yang ‘dikantoikan’ oleh penonton live di TikTok cikgu tersebut adalah seperti celahan tingkap, bawah tiang katil dan dalam kasut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Siapa yang pernah duduk asrama waktu zaman sekolah dulu mesti sudah biasa apabila cikgu tiba-tiba buat ‘spotcheck’ kan?

Kalau yang tak bawa barang terlarang, memang santai je. Yang agak ‘nakal’ pula, memang gelabah juga nak sorok barang-barang tersebut.

Biasalah, hidup di asrama memang akan ada peratuan yang perlu dipatuhi seperti tidak boleh membawa rokok, pemetik api, telefon bimbit dan sebagainya.

BACA JUGA: “Anak Kau Raja Ke?” – Isu Parents Minta Guru Bawa Tukang Gunting Rambut Ke Sekolah Dikecam Netizen

Cikgu Sempat Buat Live Di TikTok Ketika ‘Spotcheck’ Murid Di Asrama

Menerusi perkongsian dimuat naik semula di laman Twitter (@alanrslee), video itu memaparkan seorang guru memakai kopiah putih di atas kepala sedang membuat pemeriksaan mengejut atau ‘spotcheck’ di sebuah asrama pelajar lelaki.

Lebih selamba lagi, cikgu lelaki itu siap boleh buat live di TikTok sambil membuat rondaan di dalam bilik asrama pelajar.

Namun gelagat pengguna media sosial yang melihat live itu pun boleh tahan juga kerana mereka memberitahu kepada cikgu tersebut menerusi ruangan komen beberapa tempat yang kebiasaannya pelajar menyembunyikan barang terlarang seperti rokok dan telefon bimbit.

Antaranya di bawah tiang katil, celah tingkap, bawah pasu bunga, dalam kasut dan banyak lagi. Macam-macam jawapan ya! Terhibur betul.

Ramai ‘Throwback’ Zaman Sorok Barang Waktu Spotcheck Asrama

Video yang dimuat naik di laman Twitter itu mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang kebanyakannya mengimbau semula kenangan ketika ‘spotcheck’ di asrama.

Bila baca di ruangan komen ciapan tersebut, macam-macam jenis tempat dan idea untuk mereka menyembunyikan barangan terlarang.

Ada yang simpan dalam tilam, poket seluar di ampaian, celahan buku tebal, minta tolong makcik kantin simpankan, tong sampah dan sebagainya.

Yang paling kelakar, ada yang siap tebuk lubang dalam kamus tebal untuk masukkan telefon bimbit mereka. Aduh, macam-macam ya!

Bila sudah menginjak dewasa, tiba-tiba rindu pula zaman duduk asrama.

Untuk para pelajar di luar sana, belajar-belajar juga tapi jangan lupa cipta banyak kenangan ketika zaman persekolahan. Bila dah besar nanti, confirm akan rindu semuanya.

P/S: Buat kenangan yang baik-baik je ya!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd