Now Reading
Foto Tular Pisau Diikat Pada Tangga Taman Permainan Kanak-kanak Berlaku Di Taiwan, Bukan Malaysia

Foto Tular Pisau Diikat Pada Tangga Taman Permainan Kanak-kanak Berlaku Di Taiwan, Bukan Malaysia

Rakyat Malaysia dilihat telah berkongsi gambar pisau yang diikat pada pagar taman permainan kanak-kanak di seluruh media sosial sehingga menyebabkan paranoia dalam kalangan ibu bapa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, gambar sebilah parang panjang yang dilekatkan pada pagar berlumuran darah di taman permainan telah tersebar di media sosial Malaysia.

Hantaran berkenaan sudah meraih kira-kira 7.1K komen dan 7.6K perkongsian di Facebook dan telah menyebabkan ramai percaya perkara ini berlaku di Malaysia, sekaligus mengundang paranoia dalam kalangan ibu bapa.

Bagaimanapun, selepas semakan fakta secara menyeluruh, kejadian berkenaan ternyata merupakan kes terpencil di Taiwan yang berlaku pada Jun tahun lalu.


Penemuan Pisau Diikat Berlaku Di Taiwan Pada Jun 2022

Menurut agensi berita tempatan Taiwan, PTS, pada 31 Mei 2022, seorang kanak-kanak berusia lima tahun dilaporkan mengalami kecederaan ringan selepas jari telunjuknya terpotong sikit pada pagar di taman permainan kanak-kanak di Taman Dingmei, Daerah Annan, Taiwan.

Ibu bapanya kemudian dikatakan terjumpa sebilah parang diikat pada pagar tangga tempat anak mereka bermain. Mereka mengenal pasti pisau itu adalah pisau tembikai dan ia disapu dengan sesuatu yang dilihat seperti cat merah. Mereka segera memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Polis tiba ke tempat kejadian dan mengumpul bukti daripada darah yang ditemui pada pagar dan tikar taman permainan itu. Kemudian, pihak polis juga memeriksa lebih 100 rakaman CCTV dan menemui pelakunya.

(Kredit: PTS News, Taiwan)

Pelaku ialah seorang lelaki berusia 75 tahun yang kemudiannya ditemui meninggal dunia. Pada hari kejadian, seorang saksi melihatnya sekitar jam 11.50 pagi, dengan kesan darah di kepala. Sebelum mengenal pasti dia sebagai pelakunya, polis telah pun bercakap dengannya di taman itu. Mereka mendapati dia tidak boleh bercakap dan cedera pada masa itu.

Kemudian, selepas mengkaji rakaman pengawasan dan mengesahkan identiti suspek, polis datang kembali untuk mencarinya lalu mendapati suspek telah meninggal dunia. Polis menemui rakaman suspek membawa pisau tembikai dari rumahnya untuk ke taman yang diletakkan di dalam kotak pada skuter yang dinaiki.

Jarak rumah dan taman permainan itu adalah kira-kira 100 meter.

Selepas ahli keluarganya disoal siasat, cucunya memberitahu bahawa datuknya mengalami masalah hilang selera makan dan memberitahu bahawa dia mungkin akan mati dalam masa beberapa hari akan datang.

Lelaki berusia 75 tahun itu didapati tidak mempunyai rekod jenayah dan motif kejadian tidak diketahui. Polis Tainan percaya bahawa ini adalah insiden terpencil tetapi pihak mereka telah meningkatkan rondaan selepas itu.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd