[Foto] Gantung Baju Kahwin Di ‘Fire Sprinkler’ Jadi Trend, Tapi Bahaya. Ini Sebabnya
Trend mengambil gambar busana pengantin yang disangkut pada ‘fire sprinkler’ baru-baru ini telah menjadi topik bualan hangat di media sosial dan segelintir individu menganggap perkara itu adalah bahaya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Majlis perkahwinan merupakan hari di mana pasangan pengantin ingin meraikan hari terindah mereka bersama-sama dengan ahli keluarga dan sahabat rapat.
Sebab itulah, di waktu musim cuti persekolahan sahaja kita akan menerima undangan untuk ke majlis perkahwinan. Kadangkala, sampaikan dua ke tiga jemputan dalam masa sehari. Pening nak pergi yang mana satu.
BACA JUGA: Pening Cari Hadiah Untuk Pengantin? Ini Antara Barang Yang ‘Function’
Dan semestinya, sesi bergambar adalah mandatori buat pasangan pengantin serta kesemua jemputan yang hadir.

Tapi zaman sekarang ini, ketika pasangan sedang berdandan pun salah satu momen yang perlu ditangkap. Contohnya ketika pengantin sedang memakai make-up, tudung, inai, dan sebagainya. Malah, busana pengantin juga dijadikan sebagai ‘konten’ untuk video dan juga foto.
Walau bagaimanapun, trend mengambil gambar busana pengantin yang disangkut pada ‘fire sprinkler’ baru-baru ini telah menjadi topik bualan hangat di media sosial apabila segelintir netizen menganggap perkara itu adalah bahaya.

Memang gambar akan tampak lebih fokus jika diletakkan di situ, tetapi ia juga sebenarnya boleh mendatangkan bahaya buat orang ramai.
Kenapa Gantung Baju Kahwin Pada Fire Sprinkler Mengundang Bahaya?
Seorang pengguna Twitter (obliqueheart) menerusi ciapan di Twitter menjelaskan mengapa trend gantung baju kahwin pada fire sprinkler ini perlu dihentikan.
Ini kerana objek berkenaan menurutnya tidak patut disalahguna dalam apa jua keadaan sekalipun.
Let’s end the trend of gantung baju kahwin kat fire sprinkler.
— B coup (@obliqueheart) December 15, 2022
Fire sprinklers should never be misused regardless of the most special event in your life.
This is why 👇🏻
A thread. https://t.co/zBGjR97Obb
Menurutnya lagi, bebuli (bulb) di tengah itu adalah diperbuat daripada kaca. Sebab itulah ianya lebih rapuh dan ianya akan pecah (disebabkan oleh suhu tinggi), seterusnya sistem akan dimatikan.

Jadi, menggantung objek/menghalang kepala akan menimbulkan risiko mentol itu terlanggar dan pecah secara tak sengaja. Terutamanya apabila kepala penggantung (hanger) baju itu diperbuat daripada besi. Lagi tinggi risiko untuk terpecahkan bulb di tengah-tengah itu.

Malah, dia juga menambah bahawa beberapa negara lain juga menyatakan perbuatan tersebut adalah bertentangan dengan undang-undang. Sebab ia bukan sahaja mendatangkan bahaya, malah boleh meragut nyawa anda serta orang lain.
Even in some countries, it is against the law untuk berbuat demikian. What will it cost? First, life. Ya, nyawa orang. Jangan nak selfish sedap mata kita je, tapi keselamatan orang lain ke laut. There’s even a research shows that 👇🏻 pic.twitter.com/iYmyFmoGpo
— B coup (@obliqueheart) December 15, 2022
Ini apa yang akan berlaku sekiranya ada objek yang digantung pada fire sprinkler, walaupun bulb itu tak pecah.
So apa akan berlaku kalau ada object digantung pada fire sprinkler tu? (Although bulb tu tak pecah) pic.twitter.com/qy0JgEAbF1
— B coup (@obliqueheart) December 15, 2022
Kalau bulb itu pecah, ini padahnya:
- Terpaksa bayar ribuan ringgit untuk ganti rugi dan re-install.
- Sementara menunggu benda itu re-installed, nyawa orang lain sudah pun berada dalam keadaan bahaya sebab benda itu dimatikan.
- Pengantin kalut baju kahwin dah basah kuyup.
- Menyusahkan bomba datang, tanpa ada kes kebakaran sebenar.
Solusinya
Banyak lagi cara lain untuk tunjuk baju kahwin atau ambil foto cantik-cantik. Contohnya, letak atas dahan pokok, pintu, tingkap, langsir, atas sofa pun boleh. Ikut kreativiti masing-masing tanpa mendatangkan bahaya.

Yang penting, dapat kahwin dan berbahagia dengan yang tercinta. Kan? 😉

BACA JUGA: Wanita Ini Seru Orang Ramai Kenali ‘Red Flag’ Bila Pilih MUA Atau Photographer Majlis Kahwin
BACA JUGA: [Video] Tular Majlis Perkahwinan Tampilkan Kelainan, Berjoget Sakan Raikan Pasangan Raja Sehari
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.