Now Reading
[Video] Gelagat Mat Salleh Selamba Ikut Ultras Sorak Di Stadium Jadi Perhatian Ramai

[Video] Gelagat Mat Salleh Selamba Ikut Ultras Sorak Di Stadium Jadi Perhatian Ramai

Telatah ketiga-tiga mat salleh yang menyertai pasukan ultras bersorak di stadium itu membuatkan orang ramai terkejut melihat kehadiran mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali ada perlawanan bola sepak di stadium, pasti akan ada kumpulan sorak yang akan memberikan semangat kepada pasukan sokongan mereka.

Macam-macam jenis lagu dan sorakan yang mereka cipta untuk memeriahkan lagi perlawanan tersebut. Siap ada juga yang bawa bendera besar atau kain rentang.

Bila ada pasukan sorak atau juga digelar ‘ultras’ ini, barulah meriah dan kita semua bersemangat nak tengok bola di stadium.

Sumber: Harian Metro

Mat Salleh Pun Ikut Sorak Dengan Ultras Di Stadium

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok (@lilnoblee), kelihatan tiga orang pelancong asing yang berada di stadium bola sepak di Malaysia telah menjadi perhatian ramai.

Dalam video tersebut, mereka bertiga yang dilihat memakai baju berwarna kuning tanpa segan silu menyertai pasukan ultras yang sedang bersorak ketika perlawanan bola sepak melibatkan Malaysia dan Kemboja.

Kalau anda tengok gelagat mereka, memang menghiburkan.

Mereka dilihat terpinga-pinga sambil memandang ke arah satu sama lain. Mungkin nak menyanyi dan bersorak sekali tetapi tidak memahami bahasa yang digunakan.

Bukan itu sahaja, mereka juga selamba sahaja memeluk rakan sebelah dan melompat sekali dengan pasukan ultras.

Enjoy betul mereka ya!

Video gelagat tiga orang mat salleh itu telah meraih 361,900 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@lilnoblee/video/7175178095366884634?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Tak Sangka Mat Salleh Pun Ikut Ultras Bersorak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat telatah tiga orang mat salleh itu.

Jarang-jarang ya nak nampak pelancong asing datang tengok bola di stadium di Malaysia. Mungkin mereka nak rasa sendiri pengalaman ikut serta ultras sambil bersorak.

Walaupun mereka pun tak faham apa yang disorakkan oleh ultras tersebut, yang penting ‘enjoy’ je. Bila kena melompat, ikutlah sekali.

Sempoi betul pelancong-pelancong tersebut. Nampak gaya macam sudah biasa tengok perlawanan bola sepak di stadium.

BACA JUGA: [Video] Mat Salleh Dilihat Santai Dengan Blazer & Kain Batik Masa Meeting. Sempoi!

BACA JUGA: [Video] Ditanya Tentang Ibadah Korban Oleh ‘Mat Salleh’, Jawapan UAI Terima Pujian Ramai


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd