Now Reading
Jovian Bangi Setuju Turunkan Papan Iklan Bengkung Didakwa Papar Imej Kurang Sopan

Jovian Bangi Setuju Turunkan Papan Iklan Bengkung Didakwa Papar Imej Kurang Sopan

Papan tanda yang berada di Jovian Factory Outlet Seksyen 9 Bandar Baru Bangi itu difahamkan memaparkan imej wanita memakai bengkung berwarna ‘nude’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, satu papan tanda mengiklankan produk bengkung yang sering dipakai oleh wanita telah menjadi perbualan ramai selepas ia menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangn masyarakat.

Perkara itu turut mendapat perhatian gerakan Islam iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) apabila mereka memuat naik hantaran di laman Twitter mendesak agar syarikat Jovian menurunkan papan tanda iklan berkenaan.

Papan tanda yang berada di Jovian Factory Outlet Seksyen 9 Bandar Baru Bangi itu difahamkan memaparkan imej wanita memakai bengkung berwarna ‘nude’.

Sumber: ismaweb

Jovian Akan Turunkan Atau Tukar Papan Tanda Lain Dalam Tempoh 14 Hari

Menerusi hantaran lain yang dimuat naik di laman Instagram ISMA (@isma.malaysia), Yang Dipertua ISMA Bangi Bilal Jailani memaklumkan gesaan mereka itu telah mendapat reaksi daripada syarikat Jovian.

Mereka telah bersetuju untuk mengambil tindakan segera menurunkan papan tanda itu.

Pihak Jovian telah memohon maaf dan menyatakan komitmen mereka untuk menurunkan atau menukar papan tanda di premis berkenaan dalam tempoh 14 hari.

Yang Dipertua ISMA Bangi Bilal Jailani.

Berikutan itu, pihak ISMA juga telah memadam hantaran mereka tentang bantahan mengenai papan tanda itu.

ISMA Bangi Gesa Orang Ramai Pantau Papan Tanda Iklan

Berikutan kes yang berlaku ini, pihak ISMA Bangi menggesa orang ramai terutamanya komuniti Bangi untuk terus memantau papan tanda iklan tersebut.

Kami berharap agar papan tanda tersebut dapat diuruskan selewat-lewatnya 27 Disember 2022, seperti yang dijanjikan oleh pihak Jovian Apparel.

Yang Dipertua ISMA Bangi Bilal Jailani.

Diharapkan kes ini dapat dijadikan pengajaran kepada pihak yang terlibat dan juga syarikat-syarikat lain yang ingin mengiklan barangan jualan mereka.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd