Now Reading
Ibu Anak 2 Pilih Kerja Pandu Lori Untuk Capai Hasrat Beli Rumah Sendiri

Ibu Anak 2 Pilih Kerja Pandu Lori Untuk Capai Hasrat Beli Rumah Sendiri

Siti Hajar Mat Kasa berusia 36 tahun telah memilih kerjaya sebagai pemandu lori sejak enam bulan lalu selepas mendapat lesen E penuh.

bu Anak 2 Buktikan Wanita Juga Mampu Pandu Treler Sebagai Kerjaya (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau anda perasan, kebanyakan pemandu treler dan lori di Malaysia adalah kaum lelaki, betuk tak? Jarang nak nampak perempuan pandu kenderaan berat ini.

Mungkin kerja memandu kenderaan berat ini kurang mendapat perhatian wanita kerana memerlukan keupayaan dan tenaga yang lebih banyak berbanding memandu kereta.

Nak bawa lori dan treler ini pula selalunya melibatkan perjalanan yang agak jauh seperti dari satu negeri ke negeri yang lain. Penat juga tu.

Wanita Pilih Kerjaya Pemandu Treler Untuk Capai Hasrat Beli Rumah Sendiri

Walaupun ramai yang menganggap kenderaan muatan berat hanya boleh dipandu oleh kaum lelaki, tetapi seorang wanita yang juga ibu kepada dua orang anak telah mengubah perspektif tersebut.

Sumber: TikTok @miss_aja02

Siti Hajar Mat Kasa berusia 36 tahun yang kini bergelar pemandu treler sejak enam bulan lalu berkongsi kisahnya kepada Harian Metro.

Menurut sumber, Siti Hajar telah melakukan beberapa perjalanan menghantar barang hampir ke seluruh semenanjung Malaysia selepas dia berjaya mendapatkan lesen E penuh Februrari lalu.

Wanita ini tidak turut ketinggalan memuat naik video menunjukkan perjalanan kerjaya sebagai pemandu lori di platform TikTok (@miss_aja02).

https://www.tiktok.com/@ig_miss_aja02/video/7107147230712286491?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Siti Hajar menceritakan kerjaya ini membolehkan dia berusaha untuk mencapai impian membeli rumahnya sendiri.

Sebelum ini saya meniaga pencuci mulut secara kecil-kecilan selama lima tahun. Sekarang saya berhasrat untuk membeli rumah dan memerlukan pekerjaan yang mempunyai penyata gaji. Jadi, ini salah satu dorongan yang membuatkan saya memilih kerjaya sebagai pemandu lori.

Siti Hajar Mat Kasa.

Sehingga kini, Siti Hajar telah membawa treler yang ketiga. Dahulunya dia membawa lori jenis kontena dan hanya menghantar barang dari pelabuhan ke sekitar Johor, selatan atau utara sahaja.

Sekarang saya dah bawa macam-macam muatan barang seperti makanan dan kayu ke seluruh Malaysia kecuali Terengganu.

Siti Hajar Mat Kasa.
@ig_miss_aja02

alhamduliah 7 bulan sudah dengan Cik pepel..susah senang berdikari sendiri..☺️#missaja02 #abgloripurple #ladytruckers #akakloripurple

♬ bunyi asal – miss_aja02 – miss_aja02

Siti Hajar Jadi Bukti Wanita Juga Boleh Bawa Kenderaan Muatan Berat

Siti Hajar menceritakan pada awalnya ibu bapa dia tidak membenarkan dia melakukan pekerjaan tersebut.

Sebelum ini ibu bapa saya tak bagi saya pandu treler dan minta saya untuk cari kerja lain. Tetapi akhirnya mereka bersetuju kerana pada saya, inilah usaha saya untuk mencari rezeki yang halal.

Tambahnya lagi, ramai wanita di luar sana yang juga memlih kerjaya sepertinya dan ia bukanlah satu perkara baharu.

Jadi, siapa kata lelaki sahaja yang boleh bawa kenderaan muatan berat? Wanita pun boleh juga ya!

BACA JUGA: [Tips] Kod Isyarat Lampu Lori Yang Perlu Anda Tahu. Penting Ya!

BACA JUGA: Pemandu Lori Haus, Lori Rosak Tepi Jalan. Rakyat ‘Turun Padang’ COD Air. Salute!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd