Now Reading
Pelakon Veteran Malaysia Pernah Berlakon Dalam Filem Hollywood. Ramona Rahman Pun Ada!

Pelakon Veteran Malaysia Pernah Berlakon Dalam Filem Hollywood. Ramona Rahman Pun Ada!

Fifty/Fifty merupakan sebuah filem pada tahun 1992 yang latar tempatnya banyak dirakam di Pulau Pinang, Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Jangan main-main dengan para pelakon veteran Malaysia. Ada yang pernah berlakon dalam filem Hollywood ya dulu. Hebat kan?

Salah seorangnya ialah Ramona Rahman.

Ramona Rahman adalah seorang pelakon dan juga pelakon suara Malaysia yang mula dikenali ramai pada penghujung tahun 80-an tetapi kini telah bersara daripada bidang lakonan.

Pada tahun 1992, dia pernah diberi peluang untuk berlakon bersama pelakon Robocop iaitu Peter Weller dalam filem Hollywood berjudul Fifty/Fifty.

Selain Ramona, ada juga pelakon Malaysia yang lain turut memegang watak sampingan dalam filem tersebut.

Sumber: Fateh Zahfri Official/ Youtube

Mesti ramai yang tertanya-tanya, macam mana boleh ada ramai orang Malaysia berlakon dalam filem ini?

Kalau anda nak tahu, filem ini sebenarnya dihasilkan di Malaysia.

Filem 1992 Fifty/Fifty Ada Ramai Pelakon Malaysia

Fifty/Fifty merupakan sebuah filem komedi aksi dan pengembaraan Amerika pada tahun 1992 yang latar tempatnya banyak dirakam di Pulau Pinang, Malaysia.

Filem ini mengisahkan tentang dua orang watak askar upahan iaitu Jake Wyer dan Sam French yang dilakonkan oleh Peter Weller serta Robert Hayes.

Mereka berdua ditugaskan oleh CIA untuk menjalankan misi di pulau Asia Tenggara yang dipanggil ‘Tengara’ yang penuh dengan rusuhan serta revolusi bagi menggulingkan pemimpin.

Dibantu oleh pejuang kemerdekaan yang cantik dan berani bernama Suleta (Ramona Rahman), mereka perlu bekerjasama dengan para tentera bagi menumbangkan diktator yang gila kuasa.

Dengan pelbagai ragam dari penduduk tempatan termasuklah Encik Os dan Dharma Harun Al-Rashid, kedua-dua watak utama dalam filem ini yang pernah menjalani latihan tentera, perlu melatih orang ramai di kawasan tersebut bagi membela negara daripada jatuh ke tangan pemimpin kejam.

Encik Os (kanan) dan Dharma Harun (kiri).
(Sumber: Fateh Zahfri Official/ Youtube)

Encik Os tidak asing lagi dalam industri perfileman kita kerana dia banyak dilihat dalam filem-filem komedi pada tahun 80-an dan 90-an seperti Hero, OK, Kembar Siam dan banyak lagi.

Selain itu, mesti ramai mengenali Dharma Harun yang pernah memegang watak utama dalam filem popular Adik Manja bersama Noor Kumalasari mengisahkan tentang sekumpulan gadis menemui bayi di asrama mereka.

Azmil Mustapha (kanan), Rohmat Juraimi (tengah), & Shaharuddin Thamby (kiri).
(Sumber: Fateh Zhafri Official / YouTube)

Satu lagi wajah terkenal iaitu Azmil Mustapha yang pernah membintangi filem ‘Ali Setan’ dilihat memegang watak Kolonel Kota yang jahat dalam filem Fifty/Fifty ini.

Selain Ramona Rahman, pelakon veteran Malaysia yang lain juga dilihat dalam filem itu sebagai anak jati pulau tersebut kerana banyak perbualan penduduk tempatan menggunakan bahasa Melayu.

Suleta, lakonan Ramona Rahman (gambar kiri), ketua revolusi bersama pembantunya Sentul yang dilakonkan oleh Dharma Harun Al-Rashid. Farah, (gambar kanan) gadis tempatan bersama bom tangan itu dilakonkan oleh Farah Esmilia Ramili.
(Sumber: Fateh Zhafri Official / YouTube)

Berikut adalah beberapa pelakon Malaysia dan watak mereka dalam filem ini.

  • Ramona Rahman – Suleta
  • Azmil Mustapha – Kolonel Kota
  • Dharma Harun Al-Rashid – Sentul
  • Mr Os – Jamik
  • Shaharuddin Thamby – Kolonel Seng
  • Rohmat Juraimi – Pemberontak berbadan sasa
  • Farah Esmilia Ramili – Gadis yang memegang bom di tangan
  • Hussein Abu Hassan – Pemandu bas

Untuk senarai penuh, anda boleh klik [DI SINI].

Boleh tahan hebat juga pelakon-pelakon veteran Malaysia kita kan?

BACA JUGA: ‘Groundbreaker’ Award Given To Malaysian Actress Michelle Yeoh In Toronto During Oscar Season [Watch]


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd