Now Reading
[Video] Lelaki OKU Disaman RM20 Kerana Guna Pelekat Kereta Yang Tidak Berdaftar

[Video] Lelaki OKU Disaman RM20 Kerana Guna Pelekat Kereta Yang Tidak Berdaftar

Lelaki kurang upaya itu disaman oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) kerana didakwa menggunakan pelekat OKU yang tidak berdaftar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Boleh dikatakan setiap parkir kereta pasti akan menyediakan beberapa kawasan tempat letak kenderaan yang hampir dengan pintu masuk untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Sebelum ini, pernah timbul kes di mana individu normal berpura-pura berlakon menjadi individu OKU untuk membolehkan mereka meletakkan kenderaan di tempat parkir khas tersebut.

BACA JUGA: Polis Buru Individu Persenda Golongan OKU Dalam Video Viral

Lelaki OKU Bengang Kena Saman Sebab Parkir Di Tempat OKU

Tetapi lain pula yang terjadi baru-baru ini apabila seorang lelaki OKU telah disaman sejumlah RM20 oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) di Pantai Morib, Kuala Langat.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh lelaki tersebut di laman TikTok miliknya (@roslanjajuli), saman itu dikeluarkan selepas pihak MPKL mendakwa lelaki berkenaan menyalah gunakan tempat parkir berkenaan.

Tetapi jika anda lihat dengan teliti, kenderaan lelaki itu secara jelas ditampal dengan pelekat OKU di cermin hadapan keretanya.

Perkongsian video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 1.8 juta tontonan ketika artikel ini ditulis.

Majlis Perbandaran Kuala Larat (MPKL) Tampil Beri Penjelasan

MPKL dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa lelaki itu didenda kerana tidak menggunakan pelekat OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kerajaan Selangor.

Lelaki berkenaan didakwa menggunakan pelekat OKU yang agak berbeza dengan latar belakang biru dan imej kerusi roda.

Oleh kerana pelekat yang meragukan itu, beberapa orang awam telah membuat laporan kepada pihak MPKL.

MPKL memaklumkan mereka pernah berdepan kes di mana ada individu yang sanggup membeli pelekat OKU semata-semata untuk membolehkan mereka meletakkan kenderaan di kawasan khas tersebut.

Sudah menjadi tanggungjawab kami untuk mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan agar tempat parkir khas itu tidak disalah guna sesuka hati.

Majlis Perbandaran Kuala Larat (MPKL)

Walau bagaimanapun, MPKL berkata notis saman tersebut boleh dibatalkan jika individu yang terlibat dapat membuktikan diri mereka didaftarkan sebagai golongan OKU di bawah Jabatan Kebajikan Sosial (JKM).

Pada masa sama, MPKL juga akan membantunya bagi mendapatkan pelekat OKU yang rasmi dari pihak berdaftar.

Orang ramai juga boleh merujuk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor untuk memohon pelekat kenderaan OKU yang rasmi.

Terdahulu, pernah berlaku kes di mana individu normal secara terang-terangan mempersendakan golongan OKU dengan melakukan aksi seperti mengejek di khalayak umum.

BACA JUGA: [Video] Kak Long 7E Buat Hal Lagi. Kali Ini Didakwa ‘Berlakon’ OKU Pula

BACA JUGA: [Video] Ramai Kecam Perbuatan Wanita Pura-pura ‘Berlakon’ Masuk Tandas OKU


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd