Now Reading
10 Perkara Yang Buatkan Malaysia Jadi Tempat Pertama Di Dunia

10 Perkara Yang Buatkan Malaysia Jadi Tempat Pertama Di Dunia

Antara kejayaan yang dilakar oleh Malaysia adalah menjadi negara pertama dunia menggunakan pasport biometrik pada tahun 1998.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara yang kecil jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Eropah, dan sebagainya, tetapi negara kita juga berjaya menduduki tempat pertama dalam beberapa perkara.

Mungkin selama ini kita hanya fokus kepada perkara yang besar sahaja dalam bidang ekonomi dan kejayaan dalam sebuah pertandingan, sebenarnya ada banyak lagi perkara yang membuat Malaysia menjadi tempat pertama di dunia.

10 Perkara Yang Meletakkan Malaysia Sebagai Tempat Pertama Di Dunia

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (@richardker) telah memuat naik satu perkongsian berdasarkan kajian yang dilakukan tentang perkara-perkara yang membuatkan Malaysia berjaya duduki tempat pertama di dunia.

Antaranya:

1. Balai Bomba Tertinggi Di Dunia

Sumber: Harian Metro/ Astro Awani

Anda tahu tak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak lama lagi akan membuka balai bomba pada ketinggian 3,382.2 meter dari paras laut di puncak Gunung Kinabalu di Sabah.

Menurut laporan Astro Awani, bekas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan bahawa balai bomba itu akan berfungsi sebagai pusat operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR).

2. Lokasi Tumbuhan Paya Bakau Terbanyak Di Dunia

Sumber: Facebook/Bakau Hijau Sungai Merbok

Hutan Paya Bakau Sungai Merbok di Kedah yang berkeluasan 3,00 hektar dipercayai mempunyai 39 tanaman paya bakau yang sebenar.

Jumlah tersebut dikatakan adalah lebih separuh daripada jumlah keseluruhan yang dimiliki di seluruh dunia.

Perkara ini turut disahkan oleh ekspedisi saintifik pada tahun 2013.

3. Terowong Lebuhraya Dwifungsi Pertama Di Dunia

Sumber: Facebook/SMART Tunnel

Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) merupakan terowong lencongan air dwifungsi yang pertama di dunia.

Terowong SMART yang selesai dibina pada tahun 2007 ini adalah sepanjang 9.7 kilometer dan mempunyai lebuh raya dua tingkat sepanjang tiga kilometer.

BACA JUGA: Terowong SMART Ditutup Pagi Ini Selepas Paras Air Sungai Lepasi Tahap Bahaya

BACA JUGA: Beberapa Jalan di KL Banjir Akibat Hujan Lebat. Terowong SMART Juga Ditutup

4. Dokumentari Haiwan Pertama Di Dunia Dirakam Di Sabah

Sumber: Safari Museum

Pada tahun tahun 1920 dan 1935, pasangan suami isteri iaitu Martin dan Osa Johnson telah berkunjung ke Sabah yang dahulunya dikenali sebagai Borneo Utara.

Kalau anda nak tahu, pasangan suami isteri itu juga merupakan pembuat filem Hollywood.

Ketika lawatan mereka ke Sabah, mereka telah melakukan dokomentari yang memaparkan visual penuh haiwan-haiwan di Sabah.

5. Tabung Haji Lancar Kad Debit Mastercard Bukan Perbankan Pertama Di Dunia

Sumber: Mastercard/MalayMail

Pada tahun 2014 lalu, Malaysia telah melakar sejarah apabila Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengeluarkan kad debit Mastercard bukan di bawah perbankan yang pertama di dunia.

Dengan adanya kad debit ini, rakyat Malaysia beragama Islam lebih mudah untuk membuat pembayaran menggunakan kad berkenaan ketika mengerjakan ibadah haji atau umrah di Mekah dan Madinah.

Nak guna untuk urusan harian pun boleh juga. Tiada masalah.

6. Negara Pertama Di Dunia Yang Guna Pasport Biometrik

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang mengeluarkan pasport biometrik pada Mac 1998. Teknologi tersebut telah dibangunkan oleh syarikat teknologi tempatan bernama IRIS Corporation.

Hari ini, lebih daripada 150 negara dilihat menggunakan teknologi ini bagi memudahkan urusan keluar masuk sesebuah negara.

7. Jenama Makanan Marrybrown Lakar Sejarah Sebagai ‘Fast Food’ Halal Terbesar Di Dunia

Sumber: QSR Media Asia

Jenama makanan ‘fast food’ Marrybrown ini yang diasaskan di Johor Bahru pada tahun 1981 dimiliki oleh rakyat Malaysia iaitu Datuk Lawrence Liew dan Datin Nancy Liew.

Sehingga kini, Marrybrown telah membuka 500 cawangan di seluruh Malaysia dan juga dibuka di lebih 15 buah negara.

Siapa sangka, jenama Marrybrown yang memiliki sijil Halal ini menjadi jenama ‘fast food’ yang terbesar di dunia yang boleh dinikmati oleh seluruh umat Islam.

8. Sabah Jadi Tempat Perlindungan Orang Utan Pertama Di Dunia

Sumber: Orangutan Appeal UK/Lonely Planet

Diasaskan pada tahun 1964 oleh Barbara Harrisson, Pusat Pemulihan Sepilok di Sandakan, Sabah telah menjadi tempat perlindungan Orang Utan pertama di dunia.

Pusat pemulihan itu diwujudkan bagi melindungi Orang Utan yang terbiar dan kurang mendapat perhatian.

Tempat perlindungan yang hampir sama telah dibina di Indonesia pada tahun 1980.

9. KLIA Jadi Lapangan Terbang Pertama Di Dunia Yang Mempunyai Hutan

Sumber: Uwe Schwarzbach

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi lapangan terbang pertama di dunia yang mempunyai kawasan hutan di dalamnya.

KLIA yang dibina pada tahun 1998 dianggap sebagai salah satu struktur yang paling terkenal di dunia dengan adanya kawasan hutan sebagai tarikan pelancong.

10. Bukit Bendera di Pulau Pinang Catat Terowong Paling Curam Di Dunia

Sumber: Mai Singgah/ Jom Jalan

Terowong kereta api yang membawa pengunjung di Bukit Bendera, Pulau Pinang ke kawasan puncak dicatatkan sebagai terowong berbukit yang paling curam di dunia.

Terowong dengan kedudukan kecuraman sebanyak 27.9 darjah itu telah dibina antara tahun 1906 sehingga 1923.


Sebenarnya, banyak lagi kejayaan yang pernah dicapai oleh Malaysia di peringkat antarabangsa. Antaranya memenangi anugerah di pentas Hollywood serta menjuarai pertandingan Masterchef.

BACA JUGA: Chef Ping Coombes Dari Malaysia Menang Pertandingan Masterchef Lawan Juara Yang Lain

BACA JUGA: Pengadun Bunyi Encanto Jadi Rakyat Malaysia Pertama Menang Anugerah Di Pentas Hollywood


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd