Now Reading
“Please, Don’t Do That” – Anwar Enggan Dipanggil ‘Papa’

“Please, Don’t Do That” – Anwar Enggan Dipanggil ‘Papa’

Tweet Anwar itu turut mendapat perhatian ramai pengguna Twitter serta rata-rata dilihat meninggalkan reaksi yang menghiburkan.

anwar

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Zaman sekarang ini, hampir kesemua Ahli Politik ataupun individu berpengaruh telah diberikan ‘nickname’ oleh rakyat Malaysia. Sebagai contoh, Khairy Jamaluddin juga pernah digelar sebagai ‘Daddy’ oleh rakyat Malaysia, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin pula digelar sebagai ‘Abah’.

Malah, Tun Mahathir juga pernah diberi gelaran ‘Atok’.

Kreatif juga rakyat Malaysia ini kadang-kadang. Dari mana datangnya panggilan-panggilan tersebut, kami pun tak pasti. Tapi fenomena nama panggilan ini sememangnya melekat juga.


Anwar Ibrahim Tak Mahu Dipanggil ‘Papa’

Hari ini (6 Disember) Perdana Menteri Malaysia Ke-10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memuat naik satu hantaran menerusi Twitter miliknya tentang budaya lama membolot kekayaan serta saham oleh para petinggi politik yang menurutnya harus dihentikan.

Hantaran tersebut telah dibalas oleh seorang pengguna Twitter @mirulwrld dengan ayat ‘Selamat pagi papa’.

Walau bagaimanapun, Anwar telah membalas tweet tersebut memberitahu individu berkenaan untuk tidak memanggilnya dengan panggilan itu.

“Please, don’t do that,” balas Anwar.

Sumber: Twitter

Tweet Anwar itu turut mendapat perhatian ramai pengguna Twitter serta rata-rata dilihat meninggalkan reaksi yang menghiburkan.

Malah, ramai juga yang bersetuju dengan tindakan Anwar untuk menghentikan segala jenis panggilan ‘aneh’ ini terhadap Ahli Politik ataupun mana-mana individu.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Anwar Digelar ‘Papa’ Oleh 6 Orang Anaknya

Sumber: Facebook/Anwar Ibrahim.

Untuk rekod, Anwar yang juga suami kepada Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail digelar “papa” oleh enam orang anak mereka.

BACA JUGA: “Idealisme & Prinsip Perjuangan Tidak Boleh Dijual Beli” – Nurul Izzah Anwar

Keengganan Anwar untuk menggunakan nama panggilan ‘papa’ oleh rakyat dilihat sebagai menjauhi amalan bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang selesa dan terbuka dengan pendekatan pragmatik dalam berinteraksi dengan rakyat.

Jika sebelum ini, Ismail Sabri dan Muhyiddin telah digelar sebagai “Pak Long” dan “Abah”.

Kalau anda lihat, Anwar juga dikenali sebagai seorang yang ‘tech-savvy’ ataupun celik teknologi kerana beliau turut dilihat membalas komen-komen orang ramai di media sosial, malah ada juga beliau bergurau dengan netizen.

Terdahulu, pada 4 Disember lalu, Anwar berkata meskipun tanggungjawab semakin meningkat selepas beliau memegang jawatan tertinggi negara, beliau masih akan mencari masa untuk membalas tweet.

BACA SINI: PRU15: Anwar Ibrahim Sah Perdana Menteri Malaysia Ke-10

Ramai yang merungut kerana saya jarang membalas tweet. Tanggungjawab semakin meningkat, tetapi saya tetap mengikuti komen rakan-rakan di Twitterjaya. InshaAllah, saya akan cuba mencari ruang dan membalas semua tweet rakan-rakan saya.

Anwar Ibrahim.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd