Now Reading
Kisah Housemate Letak Seluar Bernajis Dalam Mesin Basuh Buat Ramai Loya

Kisah Housemate Letak Seluar Bernajis Dalam Mesin Basuh Buat Ramai Loya

Terfikir juga macam mana rakan serumahnya itu boleh mencampurkan seluar dalam bernajis dengan pakaian bersih lain di dalam mesin basuh.

Farahin Fadzil
Housemate Letak Seluar Dalam Bernajis Dalam Mesin Basuh Buat Ramai Nak Muntah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila nak pilih lokasi tempat tinggal, memang kena fikir dari pelbagai aspek seperti jarak ke tempat kerja, akses kepada pengangkutan awam serta kedai untuk membeli barangan harian.

Selain itu, pemilihan rakan serumah juga penting bagi memastikan kehidupan kita tidak terganggu. Risau pula kalau rumah dah cantik, tapi rakan serumah pula kurang beri perhatian terhadap kebersihan.

BACA JUGA: [Foto] Pemilik Rumah Terkejut Rumah Sewa Bau Tahi Kucing. Pengotornya!

Rakan Serumah Terkejut Jumpa Seluar Dalam Bernajis Dalam Mesin Basuh

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter menceritakan pengalamannya berdepan kerenah rakan serumah yang kurang menjaga kebersihan.

Berdasarkan perkongsiannya yang dimuat naik di laman Twitter (@AmeerAimanRosni), lelaki ini menceritakan dia terkejut apabila menjumpai seluar dalam milik rakan serumahnya yang dipenuhi najis di dalam mesin basuh ketika dia ingin mencuci pakaian.

Lebih mengejutkan lagi apabila seluar dalam itu dicampur dengan baju-baju lain juga.

Keadaan tandas yang kotor di dalam rumah berkenaan. (Sumber: Twitter/@AmeerAimanRosni)

Pada hari keesokannya pula, lelaki ini menceritakan rakan serumahnya itu sekali lagi ‘buat perangai’ selepas dia dilihat tidak menekan butang ‘flash’ selepas membuang air besar di tandas rumah.

Lelaki ini juga sempat menunjukkan keadaan kotor tandas tersebut di rumah tersebut yang jarang digunakan olehnya.

Aduhai, memang kena banyak bersabar betul.

Ramai Rupanya Yang Pernah Hadapi Situasi Sama

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai selepas membaca perkongsian pengguna Twitter tersebut.

Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana rakan serumahnya itu sanggup mencampurkan pakaian biasa dengan pakaian yang sudah kotor dengan najis?

Malah, ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah berdepan situasi sama ketika menyewa rumah.

Boleh tahan ramai juga yang pernah dapat rakan serumah yang pengotor.

Terfikir kejap, macam mana nak basuh mesin basuh yang sudah terkena najis itu? Aduhai, pening kepala juga kalau ada rakan serumah yang tak jaga kebersihan macam ini.

BACA JUGA: “Pelanggan Dari Neraka” – Wanita Ini Kesal Homestay Ditinggalkan Kotor & Bersepah

BACA JUGA: “Penyewa Tunggang Agama” – Penghuni 3 Bulan Tak Bayar Sewa, Siap Bagi Hadis Minta Tangguh

BACA JUGA: Iklan Bilik Sewa Sekecil ‘Keranda’ Di Cheras Buat Ramai Geleng Kepala


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd