Now Reading
[Video] Murid Sekolah Di Kajang Jawab Ujian UPKK Dalam Keadaan Kelas Banjir

[Video] Murid Sekolah Di Kajang Jawab Ujian UPKK Dalam Keadaan Kelas Banjir

Difahamkan air setinggi 0.6 meter telah memasuki kelas di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Balak, Kajang ketika Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) sedang berlangsung.

[Video] Murid Sekolah Di Kajang Jawab Ujian UPKK Dalam Keadaan Kelas Banjir

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bermula November sehingga Mac tahun hadapan, Malaysia dijangka menerima taburan hujan yang lebih kerap berikutan perubahan angin Monsun Timur Laut (MTL).

Kekerapan hujan ini juga menyebabkan sesetengah kawasan menghadapi banjir akibat kenaikan air yang terlalu cepat dalam tempoh masa singkat.

Sebelum ini, Astro Awani melaporkan beberapa jalan sekitar Kuala Lumpur seperti Jalan Parlimen, Jalan Ampang dan Jalan Maharaja Lela dinaiki air sehingga paras betis selepas hujan lebat.

BACA JUGA: Malaysia Alami ‘Musim Sejuk’ Hingga Februari 2023 – MetMalaysia

Murid Sekolah Ambil Peperiksaan Dalam Keadaan Banjir Dalam Kelas

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial menunjukkan sebuah Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sungai Balak, Kajang dinaiki air sehingga masuk ke dalam kelas ketika sesi persekolahan sedang berlangsung.

Difahamkan, keadaan banjir itu berlaku ketika murid-murid darjah lima itu sedang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

Menerusi video tersebut, kelihatan murid-murid lengkap berpakaian seragam sekolah agama dan barisan guru yang bertugas kekal berada di dalam kelas sehingga selepas sesi peperiksaan.

@konticorner

Semoga asbab kejayaan buat anak2 ini . Mumtaz didunia , Mumtaz di Akhirat #upkk #banjir #mumtazdiduniamumtazdiakhirat

♬ Ya Allah – Wali

Memetik laporan Astro Awani, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor Norazam Khamis memaklumkan air setinggi 0.6 meter yang memasuki kelas itu pada Rabu lalu (30 November) telah surut sepenuhnya sekitar jam 7:00 malam.

Difahamkan seramai 64 orang murid berada di dalam kelas tersebut ketika menduduki peperiksaan UPKK pada hari berkenaan.

Ramai Mendoakan Agar Urusan Murid-murid Yang Terlibat Dipermudahkan

Melihat situasi yang dihadadapi oleh murid-murid tersebut membuatkan ramai pengguna media sosial mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan.

Sedih pula tengok keadaan mereka yang terpaksa berdepan situasi kurang selesa ketika menghadapi salah satu ujian penting.

Semoga dugaan ini menjadi asbab untuk mereka lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPKK tersebut.

BACA JUGA: Pensyarah Dikecam Tetap Nak Teruskan Kelas Walaupun Banjir


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd